Thursday 29 November 2012

Tempahan: Cream puff untuk makan-makan hari jumaat


Order dari suami kak Ika. 30 biji cream puff untuk jamuan makan di jabatan beliau. terima kasih banyak ye...

Wednesday 28 November 2012

Tempahan: Durian crepe lagi

saya jual 4 biji RM8


durian crepe & coklat crepe order dari officemate suami dan deliver hari ini. alhamdulillah..terima kasih banyak ye..walaupun kejadian dia agak hodoh, tapi ada juga yang sudi repeat order...sample pun saya ada sediakan pada yang nak merasa dulu..yang penting, saya buat kuih ni macam yang saya buat untuk makan sendiri..kita nak makan ni mesti nak makan sedap dan puas hati kan..macam tu lah juga bila saya buat untuk orang lain..kalau boleh lebih baik la kan terutama dari segi persembahannya..tapi tu lah tangan saya ni dapat melipat crepe dengan tahap itu saja eloknya..tak comei macam orang lain lipat..huu..tapi tak apa lah, yang penting rasanya i'Allah..tak mengecewakan bagi penggemar durian..

oh ya, dan pastinya gabungan kulit crepe senipis yang boleh bergabung dengan whipping cream dan isi durian segar juga menjadikan ianya satu gabungan yang sedap dan memenuhi selera i'Allah...


aloh kesian ammar..ummie sibuk kat dapur, ammar pun sauk tali beg

bawak diri dengan beg macam nak pergi mengembara

otw nak pergi makan wayar elektrik

berhenti sekejap sebab penat mengembara. kesian anak ummie tido lambat sebab ummie pun tido lambat nak siap bungkuskan crepe. huu..sabar ye ammar...bukan selalu ummie bizi..ada rezeki masuk, bizi la ummie..tak apa hari sabtu ni ummie bawa ammar gi jalan-jalan kat mall eh.. :)

Monday 26 November 2012

Tempahan: Durian crepe

3 set durian crepe. order dari officemate dan kawan suami. terima kasih..

Sunday 25 November 2012

Tempahan: repeat order cream puff

3 set cream puff tempahan dari kak Ila untuk makan-makan jabatan beliau...baru ambil pagi tadi..terima kasih ye kerana mengoder lagi...

Tempahan Hujung Minggu



hari sabtu: durian crepe tempahan dari kawan suami yang tengah mengidam..saya beri sekali dengan crepe coklat..

crepe durian

dan 1 set cream puff

hari ahad: tempahan cream puff dari kawan suami juga

dan juga durian crepe..

terima kasih ye..

Durian Crepe 4 jenis tepung

Alhamdulillah..akhirnya hujung minggu hari tu, usaha mencuba berjaya. telah mendapat hasil seperti yang diharapkan...


saya juga mencuba crepe dengan inti coklat..kami sangat suka

saya menggunakan resepi 4 jenis tepung, ambil dari blog ini. terima kasih kerana berkongsi dan semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada beliau..amin...

Thursday 22 November 2012

Tempahan: Cream puff dari kak Ila

jadi macam ni pulak bila upload. padahal gambar asal elok aje betul kedudukannya. huu

3 set cream puff tempahan dari kak Ila. terima kasih..harap-harap digemari..

ada cerita di sebalik pembikinan cream puff kali ni. saya anggap ianya sebagai satu dugaan lah buat saya. semalam dah siapkan adunan untuk cream puff. dah perasan adunan dia macam tercair sikit tapi pipe kan juga atas dulang. meleper terus hilang bentuk dan kedudukan. saya pun pergi tambah tepung. akibatnya bila masak, keras kematu. dah selamat bakar dua batch. akhirnya dengan bahan yang ngam-ngam ada di rumah, saya buat lagi sekali. tapi bila dah bakar, ia tak mahu naik menggelembung macam biasa. naik malu-malu. aduh hasilnya cream puff yang seperti di atas. maka saya kurangkan harga dengan rasa tetap sedap cuma terkecil sedikit sahaja...

Wednesday 21 November 2012

Tempahan: Cream puff untuk meeting

repeat order dari kak mawar. dua set cream puff

yang lucunya saya boleh tersilap. tak cukup dua biji ingatkan dah lebih T_T dah la kotak di rumah dah habis terpaksa guna kotak kecik. maka saya kurangkan harganya

Tuesday 20 November 2012

Aloha Durian Crepe


inti durian dan whipping cream. terletak banyak durian. lepas tu letak sikit je durian, baru la sedap seenak rasa

yang ni ambil gambar dengan phone. sebab tu warna jadi lain

yang ni letak custard cream. suami lagi suka yang ni


akhirnya saya terbuat juga durian crepe ni. saya tak minat sangat dengan durian di dalam kek/makanan selain daripada menikmatinya secara solo atau makan dengan pulut santan atau serawa durian. tapi saya buat jugak crepe ni sebab suami asyik tanya saya 'macam mana rasa benda ni?' bila di fb dia asyik tengok gambar crepe durian yang kawan-kawan dia muat naik. tapi bila dah siap buat dan letak dalam peti kejap, rasa yang durian punya filling...saya rasa suka. memang tak sangka la kan. rasanya sebab dah bergabung dengan cream si durain tu, sebab tu rasanya meningkat.

memang kejadiannya tak berapa menjadi sebab saya menderhaka resepi. huu...tak apa lah. kalau rasa nak cuba lagi, saya buat ikut resepi bulat-bulat. crepe yang sebenarnya menggunakan 7@5 jenis tepung tanpa menggunakan tepung gandum. nak dapatkan resepi tu, kenalah menuntut dengan sifu. resepi yang ada biasanya menggunakan tepung gandum. jadi, rasanya memang tak sama dengan resepi asal crepe. tapi ok la kan untuk nak cuba..

resepi saya ambil dari blog ana. malas pula nak salin. sekarang mood malas sedang bermaharaja lela. huu

Sunday 18 November 2012

Kek Rainbow kacau bilau

Lama benar dah teringin nak rasa kek rainbow ni. bila pergi kedai kek, (hobi saya memang suka tengok dan perhati kek-kek di kedai kek), saya teringin sangat nak beli. sebabnya teringin sangat nak merasa. macam mana la rasa dia. walaupun dalam internet, orang bagitahu rasa dia biasa aje, saya nak jugak rasa sebabnya citarasa orang ni bukannya sama. tapi saya tak beli pun sebab nak buat sendiri.

jadi pada suatu hari, bermula selepas solat maghrib, saya pun bertungkus lumus menyiapkan kek rainbow ni..kek ni sebenarnya lebih kurang aje resepinya dengan white cake yang selalu omputeh buat masa wedding mereka..mungkin kek rainbow ni menggunakan base white cake sebab nak naikkan warnanya bila dicampur pewarna tu kot...

apapun, saya puas hati sebab dah rasa sendiri kek ni. hari-hari saya makan kek ni sebab biasalah di rumah saya dengan suami la yang habiskan kek. sehari satu, dua slice, dalam seminggu gitu tinggal bekas kosong. mulalah suami tanya mana kek? saya beritahu, saya dah habiskan. dia kata saya tipu..dia kata saya mesti simpan punya sebab saya selalunya akan simpan potongan akhir untuk dia biasanya. tapi untuk kek rainbow, tidak. hahahahaha!! oh ya, lupa nak beritahu, kek ni rasa dia ok lah. mungkin ianya tak guna kuning telur, jadi lain la sikit rasanya berbanding butter kek yang lebih lemak...rasanya kalau guna resepi ini mungkin lebih sedap agaknya...agaknya la kot...harap la kan..hohohoho


oh ya, kenapa kacau bilau? tengok la susunan pelangi tu. nampak sangat masa belajar dulu sibuk lukis kartun

saya layerkan dengan buttercream, topping dengan cream cheese

dah potong. tapi oh, ini masa betul-betul baru keluar dari peti, struktur kek masih kejung

ok. dah hampir mencecah suhu bilik dan sedia untuk di makan

untuk resepi, saya ambil dari sini. malas la nak paste resepi dia. tolong klik sendiri ye hehe


Dim sum sedap


sedap. beli di giant seksyen 13 shah Alam. RM9/pack. tapi kalau beli 3 pack, dapat RM25


sedap. tapi pedas sikit. saya tak tahan. next mahu cuba mushroom punya pula. beli di pasar malam putrajaya. RM9/pack. tapi kalau beli 3 pack, dapat RM25

Tempahan: Cream Puff dari kak ina

3 set cream puff tempahan dari kak ina untuk makan family dan dihantar ke surau sempena Maal hijrah. terima kasih kak ina...harap anak-anak suka..

Twister ala KFC

bahan-bahannya

oh lupa lagi satu bahan; sos cili. tak ada ni tak lengkap

letak semua bahan atas tortila. ayamnya jangan lupa di goreng dulu

dah siap wrap. jus dari tomato dan salad bergabung dengan thpusand island memang terangkat. sedap betul

Restoran Village View

all time favorites. dari zaman bujang sampai dah anak satu, mereka punya grilled chicken chop dengan black pepper sos memang paling menepati selera tekak saya. tak pernah mengecewakan. wallah!

Thursday 1 November 2012

Deko kek di waktu rehat

kek span vanilla dengan fresh krim perisa strawberry (nak cover rasa krim mauri yang ada rasa additive yang berlebihan). keknya saya buat semalam

sememeh sikit sebab guna fresh krim jenama mauri (gatal nak try. lepas ni kena balik kepada rich). tak seronok sangat nak melepa. deko simple-simple aje sebab kejar masa takut terlajak ke pukul dua


terus potong beberapa minit lepas siap deko haha! lepas tu bunga di kaki kek ciput aje dapat buat sebab krim dah habis. huu

sebelum mula. operasi di level M sebab tak ada ramai orang heu hue hue. malu sebab bukannya reti sangat..tapi kawan yang nak belajar macam mana nak deko kek..jadi walaupun saya bukannya reti sangat, ajar sajalah dah nama pun kawan..yang penting kawan gembira sangat sampai peluk-peluk saya kemudian enjoy makan kek sepenuh hati. sedap kata dia. puas hati saya dapat bantu dia yang berhajat nak deko-deko untuk deepavali dia nanti..

update: saya buat lagi sebiji sebab suami tak puas makan sejuring kek yang saya bawa balik dari hasil deko pada hari itu. jadi saya deko sama lebih kurang aje dengan yang hari tu. yang penting dia nak pink-pink dengan perisa stoberi jugak...

dia suka. saya lagi suka. lagi-lagi bila dah bermalaman di dalam peti ais, dan rasanya sudah sebati elok