Thursday 30 May 2013

kek gulung bermacam pesen

kek gulung fruit cocktail & kek gulung tiramisu

kek gulung vanilla & kek gulung pandan. inti butterkrim

saya buat sebab tak ada kuih nak makan masa berbuka. lagipun ada lebihan cream cheese, fresh krim dan butterkrim. tak suka tengok benda berlebih-lebih. buat ni boleh simpan dalam peti, makan masa buka puasa. saya tak amik order kek gulung sebab bercinta juga nak mengerjakannya kalau kek buat hal. seperti patah atau tanggal kulit hehe

resepi, boleh rujuk sini ye.

Update

dah potong. ada yang leper. ketakutan menggulung nampaknya masih banyak ada

Wednesday 29 May 2013

Terliur kek coklat

nafsu orang puasa. hari ni dok terliur benda bercoklat. nak buat tak larat. sanggup pecut kereta gi petronas. choc cake anis memang sedap sebab dah biasa makan. brownies tu belum pasti sebab baru nak cuba. seronoknya berbuka puasa hari ni

Tuesday 28 May 2013

Tempahan: kek rainbow anniversary

order dari officemate suami
terima kasih banyak ye untuk tempahan..semoga berpuas hati

selamat ulangtahun perkahwinan..semoga bahagia dunia dan juga akhirat

Sunday 26 May 2013

Butter vanilla cupcakes & Moist red velvet cupcakes

asyik tengok cupcake wars. terliur tapi tak terbuat-buat jugak. akhirnya buat juga kek cawannya sebab nak pergi beli di wondermilk malas nak drive masa rehat. resepi, rujuk di sini ye. classic butter cake saja. untuk topping, saya guna butter, sedikit krimwell, gula aising, esen vanilla dan saya campurkan dengan sedikit whipping cream yang diputar kental. saya agak-agak aje sukatannya.

moist red velvet cupcakes. resepi ni guna minyak. rasa nak cuba lepas lihat di rumah puan hana. keknya memang moist. sedap. kami suka.  

ini versi huru hara. bangun tidur terus terkam nak buat. hehe

hasil gigitan. esoknya lagi moist.

Wednesday 22 May 2013

Tempahan: kek rainbow bulat dan petak

order dari kak noji. kak noji tak nak tulis apa-apa atas kek. nak hiasan bunga rainbow saja. terima kasih banyak kak noji..harap berpuas hati dan halal terlebih terkurang

order dari customer P9 untuk hari lahir anak beliau. selamat hari lahir adik Qa'id. semoga membesar jadi anak soleh..

terima kasih banyak..maaf dan mohon halal atas kekurangan..

Tempahan: kek rainbow barbie dan vanilla

kek rainbow. order dari kawan suami. baru up kan entry ni sebab jadi draft saya lupa nak post

ini saja gambar edible image yang ada di kedai. boleh lah daripada tak ada. alhamdulillah..mereka sukakan kek ni yang manis sederhana. memang kek saya masuk dalam kategori manis sederhana kerana telah saya olah kemanisannya mengikut selera majoriti rakan-rakan yang biasa menempah. sekiranya mahukan kek yang lebih manis, sila maklumkan semasa menempah ye. terima kasih banyak..
ini order dari pengasuh. kek vanilla dengan filling strawberry. pengasuh dan kawan-kawannya sangat sukakan kek ni. sampai tak cukup nak ulang tambah. terima kasih banyak ye

Thursday 16 May 2013

Resepi kek rainbow butterfly

kek rainbow butterfly. lama dah buat tapi lupa nak share resepi

resepi banyak di internet. ada juga saya letak dalam entry sebelum ni. tapi letak balik sebab saya derhaka sikit.

saya rujuk kepada blog kak ita sehingga saya terliur nak buat dan nak makan. sungguhlah cantik warna dan hasil kerja kak ita buat..jauh beza dengan saya punya. hehe tapi apa kisah kan yang penting buat sendiri. hehe

saya sertakan resepinya

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE 
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B) - saya guna 2 biji telor (kuning+putih) - ini yang saya derhaka tu hehe
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

 Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

untuk cara-cara buat rama-rama, sila ke blog kak ita ye..panjang nak paste kan ke sini hehe
untuk topping, saya buat light cream cheese

Light Cream Cheese
125g tatura cream cheese
2 ke 3 sudu gula aising
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan perahan lemon
50g butter/krimwell (kadang-kadang tak letak pun)

putar semua bahan sampai kembang dan sebati. ketepikan.

3/4 cawan whipping cream (putar kental)

kemudian masukkan whiiping cream ke dalam adunan cream cheese, kaup balik sampai sebati. sedia untuk digunakan

alamak terliur la pulak


Sunday 12 May 2013

Ammar 1 tahun


Ammar dah besar. setahun sudah


saya buat rainbow cake, red velvet cake dan fruit cocktail cake. itu saja yang larat saya buat sebab tak berapa sihat beberapa hari sebelum tu

Alhamdulillah..selesai majlis hari lahir Ammar. gambar makanan lupa nak snap. Ammar happy sangat sebab ramai kawan sebaya dia yang datang. suka tengok dia reti untuk have fun

update

Red velvet

kek oren sedap pemberian dari kak shrek. kak shrek oder dari kak norina. saya pun selalu oder kek dengan kak norina. saya suka oder kek cheese marble, kek blueberry, kek pandan (kegeraman dan kegemaran). macam-macam kek yang dia buat. sedap dan murah. ya. saya buat kek untuk orang tapi untuk makan sendiri saya suka jugak beli. hehe ;)

pastel rainbow tak cukup bilangan hehe. asalnya nak biar togel je, alih-alih pakaikan baju juga atas cadangan suami

selepas pakai baju. tak menyesal pakaikan baju walaupun polos aje ;p

hasil potongan

saya oder edible image dari kak intan


untuk fruit cocktail cake yang disukai ramai pada majlis hari tu, saya guna buah dalam tin cap ayam brand. saya rasa macam lagi sedap guna buah cap ayam brand

Wednesday 1 May 2013

beli..beli..!

saya beli di food court p9. RM10 satu set. hebat. tak susah nak cari durian crepe sekarang. mana-mana pun ada jumpa. dalam pada tu ramai dok tanya pasal durian crepe saya tapi saya tak pasti nak ambil oder lagi ke tak musim ni. memandangkan susah nak buat kerja sekarang sebab anak nak bergantung je..macam magnet. saya bergerak beberapa inci pun dia dah menggelabah huu

fruitilisious kot nama dia. sedap macam selalu-selalu. yeh. RM10 seketul. dua kali makan baru habis sepotong tu pun share2

kabur gambar sebab snap pic masa tengah kebulur. carrot cake yang saya tak pernah pandang dulu sekarang jadi kegeraman/kegemaran. pun dua kali makan baru habis. share2 juga..tak la rasa bersalah sangat. pengagihan lemak bebeh ;p