Wednesday 31 July 2013

menu berbuka: meatballs ala ikea

meatballs ala ikea kununya. patutnya guna meatball jenama marina tapi kat darussalam tak ada meatball marina. rembat apa yang ada je. bila masak meatball ni, alamak cinonetnye. lepas tu bila bau, macam bau bebola daging untuk letak dalam sup. kecewa di situ. tapi tak pe, nanti bila2 blh cuba lagi kan.. oh ya meatballs ni sampingan je. nasi wajib ada. semalam saya masak gulai ayam. timur + barat = ketat perut hehe

resepi gravy, saya ambil dari: http://nurazzakitchen.blogspot.com/2013/02/blog-post.html. dapat banyak. untuk dua orang makan, bolehlah dibahagi dua resepi ni..

Bahan-bahan (Gravy) :-
1 biji bawang besar holland (dipotong dadu, goreng hingga layu, ketepikan) - lain kali saya nak letak separuh je
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar (dipotong dadu)
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube daging* - saya tak letak
1 sudu gula - saya tambah 

Cara memasak :- 
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandum, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan-bahan seperti bawang dan tomato itu tadi hancur.


 

Monday 29 July 2013

Kuih raya: biskut mentega

tak lawa sebab buat tergopoh-gopoh sementara ammar tidur sekejap. lepas dia tersedar lagi gopoh. tak apa, yang penting rasa dia nyum2.

saya buat 3 adunan aje untuk bawak balik kampung. cukup lah sejenis. malas sungguh nak mengadap. dulu punya lah gigih siap 6 ke 7 jenis biskut yang saya buat untuk bawak balik kampung. sekarang payah dengan anak. sekarang baru paham kenapa bila ada anak kecik (tambah-tambah nyusu badan) di kampung, orang kampung kecualikan daripada masuk dalam jadual rewang huu

resepi, saya ambil resepi mak. lebih kurang je dengan resepi yang dok2 ada kat internet ni rasanya. lagipun buat biskut ni tak susah. campur-campur aje tepung. asal kelembuatan doh tu tepat ok la tu.

Resepi: Biskut Mentega

Bahan-bahan:

1 buku anchor butter (250g)
1 cawan gula aising
1 3/4 ke 2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

cara-cara:

masukkan kesemua bahan dalam mangkuk. peroi-peroi dengan tangan. kaedah ramas gaul sampai jadi serbuk roti. gaul sampai jadi doh. siap. rehatkan sekejap. jangan lupa tutup dengan plastic wrap. saya bulatkan kemudian penyek dengan belakang garfu. bakar duhu 170 darjah selama 15-20 minit atau sampai masak (bergantung pada oven masing-masing).

Sunday 28 July 2013

Kuih berbuka: diamond custard pastry puff & cream puff




blog dah buat hal balik..nak tulis kena taip di ruang HTML. memang teraba-raba huu.. dua resepi ni saya buat hari lain-lain. diamond pastry tu saya buat hari jumaat lepas balik kerja. terus makan buat berbuka panas-panas. lagi pula memang tak ada kuih lain pun. untuk resepi diamond custard pastry puff, saya ambil di sini: http://suzana-ciksue.blogspot.com/2011/09/fruit-custard-puff.html. cuma untuk inti, saya buat inti cream puff macam biasa saya buat. lebih kurang je. basic inti kastad. memang sedap. sekali hadap. habis. untuk cream puff, saya buat pada hari ahad. tak berapa laku. mungkin sebab ahad semalam pergi membeli di pasar ramadhan putrajaya dah beli macam-macam (seronok. 1st time pergi pasar ramadhan untuk puasa tahun ni. nanti nak pergi yang kat kampung pulak).macam biasa boleh belek2 entry lepas untuk resepi. tak dapat nak link sebab blog buat hal lagi huk2..cuma untuk inti kastad, saya campurkan dengan whipped cream nak bagi lagi creamy. cumanya saya try guna extrak vanilla dalam inti kastad. baunya saya kurang gemar. lain kali guna esen vanilla biasa aje

Sunday 21 July 2013

kuih berbuka: chicken pot pie

masalahnya kuih ke? hehe. boleh laa..dah sampingan aje kan. menu utama mestilah nasi

saya tak ada bekas remekin jadi saya harung letak dalam bekas petak hehe

hambik kau hangit. ini gara-gara mandikan ammar dengan yakin percaya pada makanan dalam oven yang kononnya masih behave sehingga ammar siap mandi. rupanya tidak. tak apalah. hangit garing pun sedap aje hehe. saya ambil resepi dari dapur kak jee.


CHICKEN POT PIE

Bahan2

1 tin creamy mushroom soup 
1 labu bawang besar di dadu kecil
2 ulas bawang putih di ricik halus
1 keping dada ayam (direbus dan disiat2)
10 ekor udang dibersihkan dan cincang  (Kjee suka2 je letak) - saya tak letak
1 batang carrot - saya ganti dengan sayur campur secekak
1 biji kentang
sedikit lada hitam
1 tin air (tin mushroom soup tadi) - saya letak air rebusan ayam
2 sudu besar minyak zaiton (boleh guna minyak apa2)
cheese (optional)
3 keping pastri puff 4x4inci (jenama kawan) - saya guna 4 keping
3 biji ramekins saiz 4 inci - saya guna bekas aluminium petak
CARA

  • Kentang dan carrot didadu dan rebus bersama dada ayam. Bubuh sedikit garam. Setelah masak, keluarkan ayam dan carik2 atau disiat2kan. Tos carrot dan kentang.
  • Panaskan minyak zaiton dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang besar dan bawang merah. Tumis sampai layu. 
  • Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan dicincang. Apabila udang sudah berubah warna, masukkan ayam, kentang dan carrot. Boleh bubuh frozen peas dan jugak cendawan hiris kalau suka. 
  • Kacau seketika dan masukkan satu tin creamy mushroom soup. Isikan air dalam tin kosong itu dan tuangkan sekali sampai kacau rata. Biarkan melegak seketika. Taburkan sedikit lada hitam. Tak perlu bubuh garam sebab kalau sudha cukup rasa. Padam api.
  • Panaskan oven 180 darjah.
  • Kaupkan bahan2 yang telah masak tadi ke dalam ramekin. Isi sampai penuh. Kemudian taburkan cheese kalau suka. Kjee bubuh ceddar dan parmesan.
  • Kemudian tutup dengan sekeping pastry puff yang telah dikeluarkan mengikut suhu bilik. Sapukan telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit fresh milk diatas pastri.
  • Kemudian bakar selama 15 minit atau hingga pastri kekuningan. Guna api atas sahaja.

menu berbuka: ayam apanggang ala kenny rogers

saya guna pemanggang ajaib untuk panggang ayam. saya panggang dalam setengah jam. letak tomato potong adalah satu kesilapan sebab hancur jadinya hehe. tapi letak kentang memang syurga sebab sedap sungguh bila dah dimarinate sama dengan ayam. saya perap semalaman.

dah masak. sedap betul. makan keesokan harinya lagi sedap sebab dah sebati.

saya buat coleslow dan butter rice untuk sama makan dengan ayam. gabungan yang menarik.


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber : Azlita Masam Manis
Olahan : UDA


Bahannya:
4 keping ayam ( bhg peha)

Bahan untuk perap ayam: (dimesin)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 in halia
4sb sos lada hitam
3sb sos tiram (ini saya tambah)
2sb lada hitam
2sb madu
1 ketul kiub ayam
2sb gula perang/ gula pasir ( saya guna gula perang)
3sb herba campuran
sedikit garam
sedikit air untuk mesen semua bahan
sedikit butter 


Caranya:
1. Campur semua bahan dengan sedikit air, mesin.
2. Ayam dikelar2 sedikit supaya bahan rempah meresap.
3. Lumurkan semua bahan pada ayam, perap semalaman (saya perap 5 jam je).
4. Sapu sedikit butter pada ayam, panggang selama 1 jam atau sehingga masak.
5. Untuk ayam tidak terlalu kering, sering sapukan ayam dengan minyak dan rempah yang menitis.
6. Sedap dimakan panas2 dengan sos lada hitam, closlaw dll


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/4 biji kubis
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
  2. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  3. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  4. Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.

Saya buat separuh daripada resepi ni

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 4 cawan beras
  • 1 1/2 inci buttercup (ketebalannya)
  • 2 biji bawang merah dimayang halus
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 cawan kismis

Cara-cara

  1. Basuh Beras. Toskan. Cairkan mentega dalam periuk nasi. Goreng bawang hingga terbit bau.
  2. Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
  4. Sedap dimakan dengan ayam goreng, coleslaw kentang putar.




Kuih berbuka: kek gulung

saya guna resepi yang saya dah biasa guna sebab mudah dan sedap. resepi, di sini. satu saya buat kek gulung peanut butter. dua lagi saya sapu dengan buttercream aje. adunan semua adunan vanilla. yang peanut butter tu saya cuma campurkan creamy peanut butter dalam butterkrim yang saya nak sapu atas kek. sebelum tu saya basahkan kek dengan bancuhan kopi

yang ni saya sapu dengan butterkrim saja. dalam tiga-tiga kek yang saya buat, kami sepakat suka yang ada coklat rice tu. nampak aje macam banyak tapi untuk semua ni termasuk kek tiramisu kat bawah ni saya cuma buat 2 adunan (6 biji telur). saya guna loyang 7x7 inci. buat empat keping. lepas tu gulung sesuka hati

yang dah potong. comot sebab potong ketika sedang dalam suhu bilik

yang sekeping lagi saya buat tiramisu. semua kek-kek ni dibajet akan habis dalam masa seminggu atau lebih. syaratnya berbuka tak beli kuih lain. memang tak beli kuih pun kalau dah buat kuih biasanya.

Monday 15 July 2013

Kuih berbuka: puding triffle


lama dah tak buat. puasa aje tetiba terliur. durian crepe hari tu pun baru habis semalam. elok dalam peti bawah tanpa letak freezer pun sampai lah habis. resepi triffle puding saya ambil dari http://www.ceritasyarafina.my/2011/08/masak-memasak-puding-triffle.html. blog saya masih bermasalah. nak highlight pun tak boleh untuk buat link. untuk resepi ni, resepi asal tepung kastad adalah dua sudu tapi saya sarankan letak tiga sudu untuk kastad yang sedikit pejal. kalau tak kastad tu macam melt lembut seperti gambar di atas hee. tapi kalau suka pesen macam tu, leh teruskan dengan dua sudu kastad. dua2 pn sedap ;)
.

Sunday 14 July 2013

Menu berbuka: ayam masak butter

tak tahulah apa masalahnya blog saya ni. tak boleh pula nak taip2. ni kena pergi dekat HTML baru boleh taip. resepi cara goreng ayam, saya ikut resepi ayam lemon. nak link pun tak boleh ni huu..resepi kuah butter tu saya ambil daripada my resepi. nanti kalau saya ingat, saya akan update resepi memandangkan blog tengah ngok ngek ni. nak guna HTML setakat reti taip secara direct je kat sini huu

Wednesday 10 July 2013

Kuih berbuka: durian crepe musang king



dah lama terliur nak rasa durian musang king. saya beli di giant yang pack tu aje. beli satu pack. dia bagi RM15 instead of RM20. satu pack tu boleh buat 20 biji durian crepe gemok. ada dua biji lagi lebih untuk suami ratah saja durian tersebut. isinya creamy. lemak manis. patutpun mahal. bijinya kenit. jadi isinya banyak

banyak ni dapatnya. selebihnya dah ngap. makanlah kami kuih ni untuk berbuka untuk beberapa hari sampai habis baru buat kuih lain pula. kami tak beli kuih di pasar ramadan kalau ada buat kuih di rumah. tak mahu membazir dan tak mahu terlampau kenyang nanti jadi lemau atau senak perut pulak kang nak mengaji pun semput

Monday 8 July 2013

Selamat Berpuasa..



saya cuba buat rainbow velvet. resepi, red velvet cake cuma saya tak letak koko dan warnakan mereka asing-asing. selagi tak buat, selagi tu rasa nak buat. baik cuba aje.

macam biasa, potong untuk diagihkan

masih sejuk jugak lagi ni. kek berat cenggini tunggu cecah suhu bilik baru sedap makan (pada saya la). oh ya, saya perisakan layer-layer tu dengan perisa strawberry, oren, vanilla dan keladi. pada pendapat saya, saya rasa tak jauh beza rasanya dengan kek putih biasa. struktur je lah yang sikit berbeza. kek putih yang saya pernah buat untuk kek rainbow dulu tu lebih 'manja' sikit di samping ada rasa milky juga lebih lembab.  


Sunday 7 July 2013

Crystal crown kepong sekali lagi

saya ulang lagi datang sini sebab makanannya sedap. harga berpatutan. RM35++. lasagna dan spagetti adalah sangat sedap pada tekak saya

steak pun sedap. sayur tu pun sedap. saya lupa nak ulang ambil

desert ok. share dengan suami sebab suami tak pandang pun bahagian desert. dia sibuk dengan makanan lain. ada, makan. tak ada tak apa. gitu pesennya. sedap juga. tapi banyak sangat unsur-unsur mousse. sana sini ada mousse. paling sedap, tart dengan light cream cheese

puding roti. makan satu sudu je lepas tu suami habiskan

penutup. dah nak balik, tapi ternampak ada choc tart yang diaorg baru keluarkan. so ambil yang serpihan-serpihan sebab cuma nak rasa. dah terlampau kenyang. memang sedap seperti yang diberitahu.

apapun alhamdulillah..makanan sedap. layanan bagus. yang penting, kurang pembaziran sebab sebolehnya habiskan setiap makanan yang telah diambil.

Selamat Berpuasa kepada semua kawan-kawan..

Thursday 4 July 2013

Choc mousse cake

gambar tak elok. cair sikit dia punya ganache. lain kali kena ejas sikit

dah potong2 untuk dipanjangkan rezeki pada kawan-kawan

potong untuk pembahagian juga. ada lagi sebekas yang saya tak ambil gambar

untuk kami makan. ada sikit tinggal di rumah. suami suka. pada saya rasa biasa je sebab tekak perit. makan pun tak selesa

resepi, saya cedok sana sini. kek span, saya guna resepi yang biasa saya guna, cuma letak koko sikit. saya memang sengaja light kan rasa koko tu. choc mousse saya cilok dari blog ana. choc ganache saya tak tulis la resepi kat sini ye sebab kejadiannya tak memuaskan hati


Bahan:

5 biji telor (A)
150 gm gula halus - saya letak 3/4 cawan
1 sudu besar ovallete
80 ml minyak (Su tukar butter cair) - saya guna minyak mazola
80 ml susu segar - saya campukan 1 1/2 sudu besar susu tepung dengan 70ml air
* 1 sudu kecil baking powder*
* 140 gm tepung gandum
*10 gm serbuk koko
* di ayak
1 sudu kecil perisa strawberry/ vanilla nak perisa lain tukarlah ye.. - saya letak esen vanilla
sedikit pewarna, jika suka- saya tak letak

Cara-cara
Cara-cara (cara saya)

saya pukul semua bahan kecuali minyak selama 8 minit.  kemudian masukkan minyak, kaup balikkan dengan spatula. saya letak dalam dua biji loyang bulat 8 inci. bakar selama lebih kurang 30 minit dengan suhu 170-180 darjah C.

Resepi: Choc Mousse

Bahan A :
150ml whipping krim/ susu segar - saya guna 50ml
300 gram coklat masakan - saya guna 100 gram
10 gram gelatin/serbuk agar2 ( taknak letak pun takpe ) - saya tak letak
*** masak bahan2 di atas dgn kaedah double boiler.. caranya mudah je, cairkan coklat terlebih dahulu.. bila coklat dah cair barulah masukkan whipping krim/susu segar.. di ikuti dgn gelatin/serbuk agar2.. bila dah larut sila biarkan seketika..
 Bahan B :
500 ml Whipping cream non dairy - aku guna brand rich's - saya pun guna rich's tapi biru punya - guna 300 gram 
** dalam bekas mixer yg kering, putar whipping krim tersebut sampai kental/gebu..

Kemudian, tuangkan coklat cair tadi ke dalam adunan whipping krim tersebut.. gaul sebati..

Tuesday 2 July 2013

Kek cawan wondermilk


terbeli ni. sekali sekala manjakan diri apa salahnya kan :)

makan sikit. petang nanti sambung lagi. semuanya sungguh sedap. cuma agak manis pada tekak saya tapi boleh diabaikan sebab saya ni walaupun suka makan atau buat kek, saya tak minat manis2 sangat. apapun, lepas makan manis, balas balik dengan minum air masak. dah pilih makanan manis, pilih la air kosong ye..

Bolu kukus pelangi

comei kan? dari bandung. kawan satu pejabat yang beli. memang cantik kejadiannya. sebab tu share di sini. boleh google untuk resepi. yang pastinya saya tak rajin nak cuba membuatnya hee..