Wednesday 25 February 2015

Tempahan: kek edible image cars dan projek nutella juga blueberry cheese tart

Kek span choc layer dan salit dengan cream choc. fresh cream choc ganache diplomat. oder dari Mila presint 11. terima kasih banyak ye Mila..halalkan yang terkurang lebih..jazaakallah

gambar ehsan dari mila.selamat hari lahir danish..hehe


punya lah terliur sana sini tengok nutella cheese tart. semalam terbuat. saya buat versi inti tak perlu bakar dan versi inti perlu bakar. untuk nutella cheese tart, lagi sedap versi inti tak bakar. untuk blueberry cheese tart, seudah tentu lah sedap inti versi bakar. resepi saya ada letak dalam instagram. malas pulak nak taip kat sini. hee 

inti tak penuh sebab silap bajet adunan cheese. haha. tak apa untuk makan sendiri semuanya okey asalkan sedap. hehe.

Thursday 12 February 2015

kek untuk bawa balik kampung dan resepi kek minyak

saya buat kek span coklat dengan choc mousse dan juga kek span vanilla tanpa serbuk penaik dengan kiwi filling. kek tanpa serbuk penaik tu khas untuk pak mentua yang tak makan sebarang bahan penaik.

semalam saya cuba buat kek minyak. memang hasilnya memuaskan hati. rasanya pun sedap alahai..



 
Resepi saya rujuk dari Watie. resepi asalnya setahu saya dari myresepi
 
mana-mana resepi pun sama je yang saya jumpa. bezanya mungkin sukatan gula
 
KEK MINYAK MARBLE

Sumber : Kemma81 MyResepi (terimakasih ya)



Bahan-bahan ( 8 x 8 x 2 inci )

5 biji telur

3/4 cawan gula halus (saya letak 1/2 cawan)

2 cawan tepung gandum diayak bersama

1 camca teh serbuk penaik / baking powder.

1 cawan susu pekat

1 sudu besar ovallate

1 cawan minyak masak perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka

1 sudu teh esen vanila

secubit garam (saya tambah)



Cara-cara

Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.

Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.

Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.

Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.

Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.

Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit.

Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.
 

Kek beday suami

simple je kan. nampak macam pemalas je hehe. yang penting usaha. kan. hehe
 
kek ni kek span coklat dengan choc mousse. kecik je kek ni. saya cuma buat separuh adunan 3 biji telur.  suami bawa kawan dia sikit. saya cuma jamah dua potong kecik. anak makan sikit2 suami suap. selebihnya suami je makan kek ni sikit2 setiap hari lama2 habis. makin gemok la laki aku ;p

Tuesday 3 February 2015

Tempahan:kek choc indulgence gambar otomen


Alhamdulillah..siap tadi.kek choc indulgence.oder dari mazni.halalkan terkurang lebih..terima kasih.


gambar ni mazni kirim.sonok tengok anak2 dia hepi.comel je kan masing2.hehe