dah lama teringin nak buat. akhirnya terbuat juga. alhamdulillah..walaupun comot tapi yang penting rasa ada di situ. macadamia nuts memang sedap sangat. patutpun mahal. saya beli dekat RM10 untuk 100g. mungkin kedai bakeri macam yummy atau bake with yen boleh dapat lagi murah.
saya potong-potong untuk bawa bekal dan agihkan pada kawan-kawan. tak tinggal banyak kat rumah sebab tak mahu rasa bersalah habiskan kek. kek ni besar gedabak sebab banyak krim.
resepi, boleh rujuk dalam blog kak ita, http://www.azlitamasammanis.com/2013/04/white-chocolate-macadamia-cake.html
tapi saya ikut resepi dari my resepi: http://www.myresipi.com/top/detail/20044
sebab malas nak susah-susah masak caramel bagai hehe dasar pemalas. tapi tengok la lain kali kalau rajin, saya buat ikut resepi kak ita. saya sertakan bersama resepi dari my resepi. tapi untuk kek, saya guna resepi yang biasa saya guna. boleh cari dalam blog ni.
krim kastad saya buat separuh dari resepi asal sebab saya nak layer dengan krim kastad tapi topping dengan whipping cream aje. white choc ganache pun saya buat sikit je sebab nak cuah sikit je atas kek, bukan nak salut satu kek
RESEPI KEK WHITE CHOCOLATE MACADAMIA
Sediakan 1 biji kek span vanilla/almond saiz 8" 2 keping
1 cawan whipping cream (saya guna rich biru) - pukul kental. yang ni untuk topping luar
RESEPI: CUSTARD FILLING
400g UHT whip cream (beli jenama Anchor) - saya guna 200g@ 1 cawan (rich biru). saya putar sampai kental. ketepikan.
200g instant custard powder - saya guna 100g
500g susu full cream - saya guna 250g
125g kacang macadamia (dipanggang lebih kurang 5 minit) - saya guna 100g
Bahan C: WHITE CHOCOLATE GANACHE
250g UHT whip cream (beli jenama Anchor) - saya guna fresh milk 50ml
500g white compound chocolate (beli jenama Beryl's) - saya guna 100g (sebab buat sikit je)
UNTUK BUAT CUSTARD FILLING: Pukul UHT whip cream hingga bertanduk dan sejukkan dalam peti sejuk.
- Di dalam satu mangkuk, campurkan susu full cream dengan instant custard powder dan kacau sebati. Boleh gunakan senduk saja.
- Keluarkan whip cream tadi, campurkan dengan custard hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk. Ini adalah cream yang akan digunakan untuk cake filling. - saya kaup balik whipping krim yang dipukul kental dengan kastad tadi
- UNTUK BUAT CHOCOLATE GANACHE: Panaskan UHT whip cream sampai berbuih-buih kecil di tepi periuk. Cuma nak panaskan cream ni sampai suam suam kuku.
- Masukkan white chocolate dan kacau sehingga white chocolate cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Ganache ini akan digunakan sebagai topping cake.
- CARA SIAPKAN KEK: Setiap kek di potong 2 lapis. Jadi jumlah nya adalah 4 lapis.
- Lapiskan kan setiap lapisan kek dengan custard filling. Taburkan kacang macadamia keatas custard filling sebelum diletakkan lapisan kek yang seterusnya. Setelah siap dilapiskan, salutkan keseluruhan kek dengan custard filling.
- Dah siap salutkan filling, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit sebelum dituangkan ganache.
- Setelah 30 minit, keluarkan kek, letak atas redai, dan tuangkan chocolate ganache sehingga keseluruhan kek disalut dengan chocolate. Hiaskan dengan kacang macadamia lagi ikut kreativiti masing masing. Dan sejukkan kek sehingga chocolate ganache set.
No comments:
Post a Comment