Sunday, 30 December 2012

Tempahan: Repeat order cream puff dari Kak Ila



4 set 100 biji cream puff order dari kak ila...kak ila datang pick up kat umah. mekaseh banyak ye..maaf terlebih terkurang..

kesian ammar..dalam pada ummi dok bizi pipe inti cream puff, ammar eksiden jatuh terbalik kuang dari walker dia. tak tau lah camana leh jadi gitu...yang jahatnya boleh pulak ummie tak tolong ammar, tapi gi amik gambar..ye lah ammar menjerit kejap je pastu ammar boleh gelak-gelak

Saturday, 29 December 2012

Produk dan Harga - Updated 2016

Cupcakes

Red Velvet, Pandan Gula Melaka, Choc (topping cheese/smbc)

bermula RM45-RM48/set (16 biji saiz M)

Red Velvet, Pandan Gula Melaka, Choc (topping fresh cream)

bermula RM40/set (16 biji saiz M)

Cupcakes Bajet (sponge cupcakes) (topping fresh cream)

bermula RM30/set (16 biji saiz M)

 

Cream Puff

1set (25 biji) = RM23

Moist Vanilla Cake with Cream Cheese


Layer & topping with cream cheese

RM60 (8")



Kek barbie doll



kek barbie doll premium (1 biji kek dgn berat anggaran 1. 5 - 1. 7 kg termasuk frosting) menggunakan resepi perfect vanilla cake atau red velvet cake



RM80 - buttercream

RM90 - cream cheese




Rainbow Cake

Based Sponge Cake - 4/5 layer

Layer & topping with fresh cream
Bermula RM55 (8"/7")

Layer & topping with cream cheese
Bermula RM65 (8"/7")


Based Vanilla Cake (kek jenis berat dan moist) - 4/5 layer

Layer & topping with fresh cream
Bermula RM65 (7"@8")

Layer & topping with cream cheese
Bermula RM75 (7"@8")


Ombre Cake



Based Sponge Cake - 4 layer

Layer & topping with fresh cream
Bermula RM55 (7")

Layer & topping with cream cheese

Bermula RM65 (7")




Based Vanilla Cake (kek jenis berat dan moist) - 4 layer


Layer & topping with fresh cream
bermula RM65 (8")

Layer & topping with cream cheese

Bermula RM75 (8")



Kek Red Velvet Leleh




RM65 (8")
 
Kek Choc Whipped Cream & Choc Ganache


RM60 (8")


Kek White Choc Macadamia


RM70 (8") - 4 layer/3 layer (bulat)
RM70 (8") - 2 layer (empat segi)


Kek Snowy Cheese




















RM60 (8")


Kek Chocolate Indulgence

RM70 (8 inci)
berat anggaran 1.4kg selepas deco


Boston Cream Pie Cupcakes/Cakes



Cupcakes simple - RM45/set (16 pcs) - saiz m soufle cup
Cake - RM60 (8")


Kek Fruit Cocktail



RM55 (8") - 2 layer

*Tambahan RM5 untuk kepingan badam sekeliling kek


Kek Red Velvet



Cream Cheese Topping: RM65 (8") - 2 layer


Kek Red Velvet Leleh

RM35/setengah adunan - bekas 5.5 inch


Kek Span Butterkrim


bergantung kepada deco.harga bermula dari RM35 (8")
Pilihan perisa vanilla/pandan/coklat/strawberry

Kek Span Fresh Cream

bergantung kepada deco.harga bermula dari RM40
Pilihan perisa vanilla/pandan/coklat/strawberry



Kek Tiramisu (Based Sponge Cake)

RM65 (8")


Kek Edible Image

Add RM12 (ready stock di kedai)
*RM20 (edited/order)
*bergantung kepada harga semasa/pasaran

Walnut Carrot Cake + Cream Cheese frosting

RM40 (7") - 1 layer
RM70 (8") - 2 layer
Durian/Choc Crepe (Tempahan bermusim)
Durian- RM8/set (4 biji)
Choc- RM7/set (4 biji)

*Price are subjected to change without prior notice

Wednesday, 26 December 2012

Tempahan: Durian Crepe hari Khamis (27/12/12)

Alhamdulillah...berjaya siapkan tempahan semalam untuk deliver hari ni...terima kasih kepada yang order/repeat order..order kali ini siapkan yang dah dijanjikan sebelum ni..apapun outcome kali ni saya berpuas hati berbanding badge yang sebelum ni..bila buat dalam keadaan tenang, alhamdulillah..lancar jadinya dengan ijin Allah...

untuk makluman, tempahan durian crepe akan dibuka semula seperti biasa i'Allah bermula pada bulan januari 2013

Thursday, 20 December 2012

Tempahan: Rainbow Kek lagi


ok. terang sikit

Rainbow kek order dari kak syam ex housemate saya masa bujang dulu. rainbow kek dengan light cream cheese (deco awan dan skirt hijau adalah dari whipped cream). terover plak deco kek ni rasanya. terutama tang awan la kononya. huu..kena praktis lagi ni. tapi untuk beday anak2 buah kak syam sama, should be ok kot..terima kasih ye kak syam..harap suka ye sebab dah buat dengan penuh kasih sayang ni...hehehe



dalam proses

senang guna mangkuk polisterin. senang kaut. lepas siap, buang terus hehehehe...

Wednesday, 19 December 2012

Kek padang bola untuk abe ipang

sempena abe ipang dapat 5A dalam UPSR hari tu. nak buat balik kg besok. gol dan patung pemain bola tu tak dapat pacak lagi sebab nanti tak muat nak letak dalam container dia. buat semalam sebab malam ni ada order lain nak kena buat. boleh pulak suami saya tengok kek ni pastu cakap, "panjangnya rumput. tak tebas ke?" T_T

isi dalam kek. kek sponge vanilla ajo..salut dengan whipping cream. harap tak cair otw balik kg besok..huu

Update

anak buah pacakkan patung-patung tu. tulisan penyek sebab container kena tindih masa letak dalam peti kat kampung

tebalnyaa rumput..memang kesian pemain bola main bola atas rumput panjang sampai lutut T_T

potong kek abe ipang. yay!

sedap sedap

Tuesday, 18 December 2012

Tempahan: Kek Rainbow




Alhamdulillah...semalam dapat siapkan kek rainbow order dari officemate suami untuk hari lahir suaminya..terima kasih banyak..harap berpuas hati ye..oh ya, tulisan 'selamat hari jadi' saya beli yang pacak tu aje sebab nak tulis panjang sangat hoho. (padahal saya paling takut nak tulis atas kek) hehehehe..

Monday, 17 December 2012

Tempahan: Cream puff dan durian crepe


2 set cream puff order dari Kak Ima untuk meeting jabatan beliau. terima kasih ye...termontel pulak sampai berhimpit-himpit secara extreme di dalam kotak hoho. rezeki hari selasa.. :')

durian crepe kulit hijau..semalam buat 7 set untuk order ambil semalam dan hari ini. tak sempat nak snap gambar yang dah siap semuanya..terima kasih banyak dan maaf ye terlebih terkurang tercomot tercomel..

Sunday, 16 December 2012

Medan Ikan Bakar

dekat dengan Soho Sg Merab

Ikan bakar biasa yang sedap. dan sup cendawan yang ummph!
pergi mamam sini 2 minggu lepas. lupa nak share

Tempahan: Durian Crepe hari Isnin (17/12/12)

Tempahan untuk hari isnin. terima kasih semua..halal terlebih terkurang ye..

dari pagi sampai ke tengah malam saya mengerjakan durian crepe ni. saya memang hairan macam mana orang boleh ambil order sampai seratus set. hebat-hebat. oh mungkin salah satu sebabnya saya buat kerja dengan lambat. memang tak lulus nak kerja di kilang T_T

apapun agak tak puas hati dengan outcome kali ini. kena berehat dulu ni dari ambil tempahan. sedut aura baru dan dapatkan tenaga baru untuk operasi durian crepe yang seterusnya ni. hehe..

Thursday, 13 December 2012

Tempahan: Durian Crepe hari Jumaat (14/12/12)



Alhamdulillah..durian crepe untuk deliver hari ni di ofis suami..terima kasih ye semua..

oh ya, if hari bekerja...tempahan yang saya terima sangat terhad sebab nak buat durian crepe ni agak mengambil masa (atau saya yang buat keja lambat? huu)..jadi saya akan buat ikut kemampuan saya sebab nak maintain kualiti sedaya upaya saya..lagipun saya tak ada helper..maaf ye kepada yang terpaksa menunggu giliran untuk dapatkan order..mekaseh ye semua atas sokongan dan galakan..hoho...

Sunday, 9 December 2012

Tempahan: Durian Crepe hari Isnin (10/12/12)

Alhamdulillah..dapat siapkan order untuk hari isnin..terima kasih ye pada semua yang order/repeat order..

Thursday, 6 December 2012

Tempahan: Cream puff repeat order dari Puan Su

1 set cream puff. terbesau dan terkembang la pulak..rezeki hari jumaat :')
Terima kasih sebab sudi mengoder lagi ye Puan Su.. :')

Wednesday, 5 December 2012

Tempahan: Durian Crepe hari khamis


Tempahan untuk deliver/collect pada hari khamis

sepatutnya hari jumaat hari collect/deliver tapi ada salah faham tentang hari tu yang jadi hari khamis hehe

terima kasih kepada yang sudi order..halal la ye mana yang terlebih terkurang..tercomot tercomel