Thursday, 12 February 2015

kek untuk bawa balik kampung dan resepi kek minyak

saya buat kek span coklat dengan choc mousse dan juga kek span vanilla tanpa serbuk penaik dengan kiwi filling. kek tanpa serbuk penaik tu khas untuk pak mentua yang tak makan sebarang bahan penaik.

semalam saya cuba buat kek minyak. memang hasilnya memuaskan hati. rasanya pun sedap alahai..



 
Resepi saya rujuk dari Watie. resepi asalnya setahu saya dari myresepi
 
mana-mana resepi pun sama je yang saya jumpa. bezanya mungkin sukatan gula
 
KEK MINYAK MARBLE

Sumber : Kemma81 MyResepi (terimakasih ya)



Bahan-bahan ( 8 x 8 x 2 inci )

5 biji telur

3/4 cawan gula halus (saya letak 1/2 cawan)

2 cawan tepung gandum diayak bersama

1 camca teh serbuk penaik / baking powder.

1 cawan susu pekat

1 sudu besar ovallate

1 cawan minyak masak perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka

1 sudu teh esen vanila

secubit garam (saya tambah)



Cara-cara

Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.

Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.

Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.

Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.

Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.

Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit.

Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.
 

No comments:

Post a Comment