Tuesday, 30 October 2012

Kek Tiramisu

comotnya tempat lapik kek kesan serbuk koko sebab susah juga nak bersihkan tambah-tambah Ammar dah merayu tidur juga susu

belum set tapi tak sabar terus potong alahai comot

tapi posing juga cepat-cepat sebab ada orang tu dah tak sabar nak rasa. suami suka sangat. tapi saya rasa biasa-biasa saja sebabnya kurang serap dengan air nescafe. saya sudukan saja air nescafe akhirnya berbaki lagi setengah cawan. patutnya letak banyak-banyak bagi habis biar semua kek meresap dengan air nescafe. huu

resepinya saya ambil dari sini. manakala kek span, saya ambil resepinya dari sini. cuma saya vanilakan kek span tersebut.

Resepi Kek Span Vanilla

Bahan:

5 biji telor (A)
150 gm gula halus - saya letak 3/4 cawan
1 sudu besar ovallete - saya letak 1 sudu kecil
80 ml minyak (Su tukar butter cair) - saya guna minyak mazola
80 ml susu segar - saya campukan 1 1/2 sudu besar susu tepung dengan 70ml air
* 1 sudu kecil baking powder*
* 150 gm tepung gandum
* di ayak
1 sudu kecil perisa strawberry/ vanilla nak perisa lain tukarlah ye.. - saya letak esen vanilla
sedikit pewarna, jika suka- saya tak letak
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
  4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
  7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Cara-cara (cara saya)

saya pukul semua bahan kecuali susu dan minyak selama 8 minit. kemudian masukkan susu, pukul lagi. kemudian masukkan minyak, kaup balikkan dengan spatula. saya letak dalam dua biji loyang bulat 8 inci. bakar selama lebih kurang 30 minit dengan suhu 170-180 darjah C.
    Resepi Tiramisu

    Bahan-bahan

    250 g cream cheese
    250 ml whipping cream
    ladyfingers - saya guna kek span
    1/2 cawan gula kastor
    1 sudu teh esen vanilla
    1 sudu teh nescafe powder tanpa gula - saya letak 1 sudu makan
    1/2 cawan air - saya letak 1 cawan
    1 sudu besar perahan lemon - saya tambah 

    Cara-cara
    1. saya beat whipping cream dulu sampai kembang. ketepikan
    2. kemudian saya beat cream cheese dengan gula dan perahan lemon sampai lembut.
    3. akhir sekali saya masukkan whipping krim ke dalam mangkuk cream cheese, kaup balikkan dengan spatula sampai sebati. kejadian dia elok. boleh terus lepa tanpa perlu guna loose pan ataupun bekas.
    4. saya potong kek sebanyak empat lapis menggunakan benang kemudian lapiskan dengan krim sehingga habis.
    5. akhir sekali, taburkan dengan serbuk koko. menyesal tak hias bagi senonoh sikit hehe

    update:
    selepas bermalam di dalam peti selama sehari ke dua hari, kek tiramisu ni jadi sedap betul. mungkin rasanya sudah sebati sesama sendiri. mood: sungguh hepi

    Sunday, 28 October 2012

    Heavenly Carrot Cake

    malas nak sapu-sapu jadi nozelkan aje lagipun takut bekas comot

    untuk bawa ke kampung. yang separuh pakai baju tu sebab orang tua nak makan tak suka krim-krim nih. memang yang tak ada krim laku dulu. huu

    buruk siku tau bagi pada family di kampung kemudian saya yang banyak mengerit kek ni di malam hari. maklumlaa..selama ni sombong dengan kek sayur (saya kurang gemar sayur lagi2 carrot), tapi bila makan kek carrot ni, aduh memang rasa nak buat lagi dan lagi walaupun tangan sakit sebab sagat carrot dengan penyagat yang agak tumpul. huu..tu la beli yang murah sangat. huu

    resepi ambil dari sini. di bawah saya tampalkan resepi yang saya dah gandakan dan ubah sesedap rasa saya. hee

    Sumber salin: Mat Gebu

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    2 cawan tepung gandum*
    2 camca teh baking powder*
    1 camca teh soda bicarbonate*
    1 camca teh garam halus*
    2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) - saya letak 1 camca teh
    4 biji telur gred "A"
    1 1/2 cawan minyak jagung
    1 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 2 cawan gula kastor) - saya guna 1 1/3 cawan gula halus
    2 3/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya - lupa perah haha
    1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar - saya guna 3/4 cawan
    1 cawan kelapa kering - saya guna 3/4 cawan
    1 cawan kacang walnut, cincang - saya guna 1 1/3 cawan

    BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
    100 g mentega - saya ganti dengan krimwell
    250 g cream cheese
    1 camca teh esen vanilla
    3 camca besar gula aising, diayak
    1 sudu besar perahan lemon - saya tambah

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. - saya guna dua biji loyang 7"x7"x3"
    2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
    3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
    4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
    5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
    CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

    Cream puff untuk majlis khatam quran

    untuk Tok Guru dan Ustazah mak sempena majlis khatam quran di Masjid Besi. letak dalam bekas plastik sebab senang nak bawa

    Ammar belum mandi ikut ummi hantar nenek pergi majlis khatam quran di Masjid Besi

    Tuesday, 9 October 2012

    rahsia gulungan kek molek

    bukan rahsia sangat pun tapi saja nak berkongsi kan. kek gulungan saya pun bukannya lawa, ada jugak merekah sebab lambat gulung tapi improve la setelah asyik kecewa kek jadi pecah atau patah secara extreme semasa sedang menggulung.

    tipsnya:-
    • guna telur dari peti sejuk. atau guna telur yang direndam dengan ais.
    • pastikan permukaan atas kek tidak melekit. bakar sedikit perang untuk mengelakkan kulit kek tanggal
    • jangan lengah-lengah untuk menggulung. nanti jadi kering, cenderung untuk merekah ataupun patah.
    • gulung sambil lapik dengan kain ataupun kertas minyak dan gulunglah dengan berhati-hati tapi yakin
    • saya lorekkan kek dengan filling strawberi, jadi ianya melekit maka lorekan itu gedik nak tanggal. kena lorek guna adunan yang dicampur warna koko/coklat emulco macam sebelum ini baru cantik

    puding tembikai


    pucat. lainkali kena terangkan lagi warna merah tu. huu..lagi satu biji tembikai kena buat dengan agar-agar dan mix warna merah hijau macam buat masa tingkatan dua dulu, sebab bila letak coklat cip, ada orang tu rasa terganggu bila makan. huu..

    resepi adalah ambil dari sini. di bawah saya copykan resepinya

    RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI
    Source: Lina.pg
    Copy from: Izah
    Bahan-bahan
    1 paket agar2 serbuk (10gram)
    4 - 41/2 cawan air ( cawan arcopal ) - (1cwn-190ml)
    3/4 cawan gula -saya kurangkan
    1 sk esen vanilla
    3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih ) - saya guna 4 biji telor putih gred B
    Pewarna merah , kuning dan hijau
    Sedikit kismis- xde stok, hana gune choc.chip

    Cara-cara
    Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min). *saya tak tunggu sejuk, tutup api, putar telur putih kemudian kuning, terus masuk adunan agar sikit demi sedikit.
    Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
    Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk.
    Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas.
    Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok
    Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.
    Tara..dah siap..selamat mencuba

    Untuk langkah demi langkah boleh juga lihat di blog KAK WAN.