oder dari asah/aza dari department sebelah untuk birthday beliau..terima kasih ye..
Ketika sekolah rendah, setiap lukisan yang saya lukis samada rumah atau pemandangan, pasti ada sebiji kek besar yang saya lukis di halaman rumah atau di tepi pokok
Sunday, 21 April 2013
Thursday, 18 April 2013
Tempahan mini red velvet dan devil's food choc cake untuk makan-makan di ofis
Tempahan dari Nida, kawan suami untuk birthdaynya. Selamat Hari Lahir Nida..! terima kasih ye..
2 layer red velvet cake. layer dan topping with cream cheese
dan oh ya, saya buat devil's food choc cake untuk bawa makan-makan di ofis
bila layer dua jadi tinggi la plak. saya guna 2 loyang 7x7 inci
pagi tadi keluar dari peti terus potong-potong. kejung lagi ni. bila dah capai suhu bilik baru kek tu lembut
agagaga sememeh. saya bawa semua. tinggal dua tiga ketul aje nak bagi suami rasa sebab dia tak berapa minat kek coklat-coklat ni
untuk resepi, saya rujuk pada blog ana. cuma choc ganache je saya rujuk dayang jack. kat bawah ni saya sertakan resepinya ye.
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Kak Ita
Bahan Kek Coklat:
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam (aku tak letak)
1 / 2 cawan gula pasir ( aku pakai gula kastor je )
1 / 2 brown sugar ( aku guna soft brown sugar )
125 gm mentega ( aku pakai marjerin daisy sbb buttercup abis )
2 biji telur gred A ( aku pakai telor yg ada je )
2 sudu kecil vanila ekstrak ( aku pakai esen vanilla )
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit. ( yg ni aku guna susu segar dutch lady + 1 sudu kecik cuka )
1 cawan air suam
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Kak Ita
Bahan Kek Coklat:
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam (aku tak letak)
1 / 2 cawan gula pasir ( aku pakai gula kastor je )
1 / 2 brown sugar ( aku guna soft brown sugar )
125 gm mentega ( aku pakai marjerin daisy sbb buttercup abis )
2 biji telur gred A ( aku pakai telor yg ada je )
2 sudu kecil vanila ekstrak ( aku pakai esen vanilla )
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit. ( yg ni aku guna susu segar dutch lady + 1 sudu kecik cuka )
1 cawan air suam
untuk cara-caranya kena klik blog ana ye sebab panjang nau nak ngepest di sini ngaaaa..
Bahan2 utk Cream Cheese Frosting :
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon ( kebetulan takde lemon, aku ganti dgn 1 sudu kecik sunquick )
sama juga, untuk cara-caranya silakan ke blog ana ye..
yang ni plak resepi ganache dari blog dayangjack
yang ni plak resepi ganache dari blog dayangjack
Bahan-bahan : untuk kek saiz kecil
- 100 g coklat masak (dipotong kecil2)
- 125 ml susu segar/susu perisa coklat
- 50 g butter (dipotong kecil2)
- 4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba!
Wednesday, 17 April 2013
Tempahan: kek ombre dan kek rainbow (based white cake)
wani, kawan baik saya oder 2 biji kek ombre untuk makan-makan di kenduri sedara dia.
tapi ni kek ombre versi kek span hasil perbincangan kedua-dua belah pihak ngee
saya birukan dia ngaaa
terima kasih ye wani..harap berpuas hati..maaf terlebih terkurang..hoho
oh ya, ini pula oder dari puan Gee presint 11 untuk hari lahir anak beliau..kek rainbow dengan asas white cake (original recepi) terima kasih ye..halalkan terlebih terkurang..memang kurang pun sebab boleh pula saya tersalah warna pelangi yang pertama (patutnya merah tapi saya terbuat biru T_T pening kepala punya penangan huu)..untuk itu saya bagi diskaun. harap maaf ye puan Gee..hoho
Selamat Hari Lahir untuk Siti Najihah Nur..semoga membersar jadi anak yang solehah dan dilindungi Allah selalu...
Sunday, 14 April 2013
kek ombre pink purple
dah lama nak deco macam ni. terbuat juga padahal tergoda nak buat cupcakes lepas tengok cupcake war dekat beTv. comot sebab nak cepat hahaha selalu rasa bersalah kalau buat kek sebab suami kena jaga anak. sebab tu buat secepat yang mungkin nanti boleh lepak2 dengan diaorg depan tv
kejap je dalam peti ais belum set dah potong. herot berot sebab krim tak firm lagi
layer cream cheese. topping fresh krim. keknya saya guna basic white kek juga tapi versi lain sikit
ni bila dah bermalam. elok sikit bila potong. saya potong-potong bagi kawan-kawan. tinggal sikit aje kat rumah
Mamam-mamam di istana hotel
sebahagian
bukan pinggan saya
sedap
ok
ni saya suka. tapi empat ketul ni je yang saya makan. saya pun tak tahu kenapa saya tak ulang ambil lagi
bukan saya punya juga. tapi aiskrim tu ya
ini semestinya saya punya mihmihmih
bagi rasa-rasa je sebab manis. lagipun ammar dah dekat nak setahun, dah boleh makanan orang besar.
guna groupon. ok la. boleh tahan. saya tak makan banyak sangat (ye ke? haha)
Thursday, 11 April 2013
Tempahan: mini red velvet & cream puff
Puan Liza dari presint 11 order mini red velvet untuk beday suami beliau. puan liza pick up di rumah saya semalam. mekaseh ye..halal terlebih terkurang
kak ros pula order mini red velvet untuk makan-makan. mekaseh juga ye..halal terlebih terkurang
oh ya, kak ros juga order 1 set cream puff untuk makan-makan juga..terima kasih ye..
tak lupa juga panjangkan rezeki untuk pengasuh. kek vanilla layer dengan fresh krim + strawberry filling. comot je nak cepat siap punya pasal ngee
Monday, 8 April 2013
Tempahan: kek red velvet dari kak lina
kak lina nak rainbow kek (macam hari tu) untuk makan-makan di jabatan beliau. tapi tak sempat nak beli barang sebab last minute order. dapat buat red velvet je sebab tu je barang yang ada di rumah. tu pun dengan papan kek, kotak kek pun tak ada. terpaksa guna papan plastik kat rumah dan cake container yang ada kat rumah jugak.
kelam kelibut dengan ammar mengacau memang jadi buntu haha.
harap berpuas hati. terima kasih. halal ye terlebih terkurang
two layer red velvet cake
layer & topping with cream cheese
simple deco
8" (1 recipe)
RM55
kalau layer dan topping dengan light cream cheese, RM48 sajo
Thursday, 4 April 2013
Tempahan: Cream puff hari jumaat
2 set cream puff order dari ofismate suami. terima kasih ye..halal terlebih terkurang...
tak lancar perjalalanan buat order ni semalam. dugaan buat saya. start buat selepas maghrib, pukul 1 lebih baru siap. sebabnya adunan ada masalah. walaupun dah pukul 10 lebih, saya gagahkan diri jugak buat balik semula. butter pulak tak cukup. cilok anchor unsalted butter ammar punya haha. apapun alhamdulillah..siap jugak oder ni..sedaya upaya saya usaha untuk laksanakan oder yang saya anggap sebagai satu amanah buat saya...
Wednesday, 3 April 2013
Tempahan: Rainbow kek ben10 dan kek span coklat dari pn nazipah
kek rainbow ben10. ini untuk sambutan hari lahir azim di taska. pn nazipah pick up di rumah saya semalam. rupanya jiran blok sebelah hehe. comei azim ni. gebu hehe. dapat tulis nama je sebab nanti penuh sangat sebab dah ada edible image. so saya beri 'selamat hari jadi' untuk pacakkan hoho
Kek rainbow layer light cream cheese + edible image
simple deco
satu lagi kek pn nazipah nak saya buatkan kek biasa-biasa aje untuk makan-makan di rumah
layer dengan coklat fresh krim
simple sungguh la kan hehe. yang ni pun saya beri 'happy birthday' untuk dipacak haha
kek span coklat + coklat fresh krim
1 adunan/8"
terima kasih puan nazipah..halal ye terlebih terkurang
Monday, 1 April 2013
Chocolate marble cheese cake yang wangi..
dah lama dah saya buat. lupa nak share resepi. dulu masa bujang dulu ada la jugak buat dengan kawan baik saya, wani. lepas dah kawin, suami kurang gemar coklat jadi jarang sekali saya buat kek yang ada coklat.
kek ni wangi. lemak. sedap.
untuk resepi, picit di sini. ada juga saya paste kan resepinya di bawah..terima kasih kepada yang memberi resepi..
Bahan-bahan ( 9 cm )
- Bahan A
- 185g butter
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 3 biji telur (gred A)
- Bahan B
- 250 gm cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1/4 cawan fresh milk /susu cair
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
- Cairkan butter ,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk
- Pukul gula dgn adunan 1 ,mskkan telur satu persatu.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder
- Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula,masukkan telur ,esen vanilla diikuti dgn susu cair sampai sebati.
- Tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese
- Bakar dgn suhu 180'c selama 40 min
- Klik untuk isi cara-cara di sini
Cara saya - untuk kek coklat
1. pukul butter dengan gula sampai kembang
2. masukkan telor satu per satu. pukul lagi
3. masukkan esen vanila
4. perlahankan mixer. masukkan campuran tepung + koko yang dah diayak bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)