Sunday, 29 December 2013

kek vanilla & red velvet


saya buat 6 inci saja. gabungan kek vanilla dan kek red velvet. sedap kek berat macam ni cuma nak kena tunggu lama sikit kat luar lepas keluar peti ais baru sedap makan.

begini strukturnya. jenis kek berat dan padat. tapi sedap. sehari semalam je dah habis. lepas potong makan sepotong sorang dengan suami, potong bagi kawa-kawan. tinggal dua potong kat rumah, malam tu makan sepotong sorang dan ammar beberapa cubit bahagian kek putih terus habis. senang. hee...

skohns canteen damansara perdana



sungguh lah sedap ngee

sedap. dia punya tepung salut tu berbeza dengan tempat lain. yang paling saya suka kat sini ialah mereka tak guna frozen fries. fries mereka fresh.

untuk sandwich ni, roti dia keras sikit. beritahu diaorang, dapat diskaun dan meraka boleh tukar jenis roti next time.

overal, sangat puas hati. kalau sesiapa nak pergi makan, ni alamatnye ye.

Skohns Canteen
Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G,, 47810 Damansara Perdana, Selangor, Malaysia
+60 12-217 2774
  


Tempahan: kek birthday boboboy


tempahan dari kak zu sempena hari lahir anak bujangnya yang pertama. saya ada buat mini bunting tapi lupa nak snap gambar. alhamdulillah ramai yang suka kek ni. terima kasih kak zu..

kek untuk pemenang: penyertaan no.6

Tahniah Sweet Memory..!

baiti request warna seperti dalam gambar di atas. orait aje hehe. kebetulan pula kek ni untuk birthday baiti. selamat hari lahir baiti..semoga panjang umur murah rejeki dan bahagia hidup dunia akhirat..

Tuesday, 24 December 2013

Tempahan: kek snowy cheese@kek cheese meleleh



Oder dari ofismate suami.untuk pack empat segi macam ni rm14 sebekas.saya buat promosi rm12 sebekas.minimum oder 3 bekas.tang parut cheese tu tak senonoh bebenor.tak apa lah praktis lagi hehe

Tempahan: moist vanilla ombre cake

Oder dari kak liza dan kak ttini.sungguh la lupa nak ambil gambar kek sebelum deco.saya buat warna ombre purple dan ombre biru.harap berpuas hati dan halalkan yang lebih kurang ye..

Wednesday, 18 December 2013

Kek white choc macadamia untuk famili

Famili belah suami nak datang bercuti esok sempena cuti sekolah yang masih berbaki.tak ada kuih nak buat maka saya buat kek ni lah atas cadangan suami.coet je ni.saiz 6 inci.harap2 cukup untuk semua orang..hehe.untuk resepi, boleh belek entry lepas.

Tempahan:boston cream pie kek

Oder dari baiti ntuk makan2 di ofisnya.halalkan yang terlebih terkurang.terima kasih banyak ye baiti.

Sunday, 15 December 2013

Tempahan: moist vanilla cake with cream cheese

order dari kak lina untuk makan-makan. harap berpuas hati dan halalkan yang lebih kurang ye

Apple green ombre untuk pemenang: penyertaan no.2


Tahniah Mista Ari. Alhamdulillah dapat siapkan dengan lancar kek ni. outcome pun memuaskan hati.

roti chicken bolognaise


penangan tengok tripple D kat kt food network channel dan juga pengaruh roti di baker's cottage jadinya saya cuba buat sendiri.

resepi sama macam kuah merah dan kuah putih lasagna. cuma masukkan dalam oven sekejap nak bagi cheese tu melt. tak pun letak sos putih tu panas-panas kemudian tabur cheese. melt juga cheese tu tak payah nak susah-susah masuk oven. sedap.

Thursday, 12 December 2013

Tempahan: Repeat order kek rainbow dari Fadh


Fadh oder kek rainbow versi ringan. semalam buat kek sambil tengok pencetus ummah. tapi banyak tengok tv dari buat kek hehe. namun alhamdulillah perjalanan buat kek ni semalam lancar dan ambil masa tak lama. itulah. kalau Allah ijinkan lancar, maka lancar dan menjadilah. kiranya Allah beri sikit ujian dengan kesulitan. mungkin serba tak kena dan serba serbi akan jadi lebih rumit atau memakan masa. kena sabarlah waktu tu sebab semua tu adalah dugaan. 

terima kasih banyak fadh. semoga berpuas hati dan maaf yang terlebih terkurang ye..

Sunday, 8 December 2013

scones

Tadi tengok jalan-jalan cari makan.tengok ada scones.nampak sedapnyer lahai..tak fikir panjang terus google resepi dan lepas masak tengah hari terus buat.ok.sedap alhamdulillah menjadi.sayangnya buat separuh adunan sikit sangat sekelip mata je dah nak habis hehe