Friday, 31 January 2014

Apabila kek tempahan dirasakan tak menjadi

Menjadi korban.sedap je rupanya.saya ni yang tak konfiden hee..

Dah niat dah kalau rasa ok saya nak potong2 bagi kawan2.kalau tak sedap saya nak penyek2 buat kek bebola tapi alhamdulillah layak untuk dipotong2 dan diagihkan.yay! malas nak simpan dalam peti.cheesecake hari tu pun belum habis2 lagi.rupanya saya ni bukanlah minat sangat cheesecake heavy macam tu.kalau teringin lepas ni beli kat sec rec je lah sepotong hee..

Tempahan: kek span rainbow kit kat mnm dari nisa

Oder dari nisa untuk pertunangan kawannya nina.comel kan bagi hadiah kek pada kawan hehe.saya pacakkan sekejap mini banner n bunting tu lepas tu bukak balik dan potong separuh lebihan straw kat bawah tu.hee..
Terima kasih nisa.halalkan yang lebih kurang ye. 

Tempahan: kek red velvet

My boss oder kek red velvet pula kali ni.

Sungguh la rasa macam comot je gara gara crumb kek yang saya tabur sekeliling tu haha.maaf ye lebih kurang.saya buat penuh kasih sayang dah ni ngee..

Wednesday, 29 January 2014

Tempahan: cheese cracker

Oder dari opismate suami. Saya layerkan dalma bekas 7x7 inci.halal ye lebih kurang.harap ok la rasa dia ngee

Monday, 27 January 2014

Baked cheesecake

Alhamdulillah..akhirnya terlaksana juga cheesecake ni.loyang cheesecake tu sejak bujang lagi saya beli.semalam baru terbuat hehe.lama betul peram hehe.

Base dia saya buat dari oats dan nestum.konon nak tiru ala2 marble cheesecake resepi rahsia tu la kan ngee

Walaupun tak cantik tapi saya syukurlah dapat setara ini hasilnya.pertama kali kan..ngee..

Yang ni dimakan dengan blueberry

Friday, 24 January 2014

Tempahan: kek chesse leleh

Oder dari opismate zzana.besok pick up.baru siap kejap tadi.bersilat sambil tengok maharaja lawak.dah siap ni boleh la tercongok depan tivi tengok dengan sepenuh perasaan hehe.rezeki jumaat dapat lebih sikit sampai ketat dalam bekas.harap berpuas hati dan terima kasih untuk tempahannya

Thursday, 23 January 2014

Naked rainbow cake untuk zana

Alhamdulillah..dapat siapkan kek ni untuk zana.lama dah zana dok nak oder tapi kali ni baru terlaksana. Kebetulan minggu depan birthday zana jadi kek ni saya hadiahkan saja buat zana

Sumbat selagi muat.memang lagi elok kalau bakar satu-satu tapi bakar sekali harung pun bukan teruk pun hasilnya jadi proceed..hehe

Alahai huru hara upload gambar.dah tak boleh update dengan pc tak tau pasal apa.terpaksa guna phone update blog ni huu..ni adunan sebelum bakar.zana nak kek rainbow versi berat.adunan dia memang cair begini.senang nak handle

ok sikit posingnya..layer dengan cream cheese tapi satu layer atas tu bettercream sebab tak cukup cream cheese. Topping rumput tu pun saya putar bettercream nye whipping cream. Lagi sedap dari rich biru.bettercream ni pun brand rich juga tapi kotak pink putih.krimnya lebih stabil dan lebih berlemak.lagi sedap dan lagi mudah urus la mudah kata hee..

Ok tq zana.harap awak puas ati dengan kek yang saya buat dengan penuh kasih sayang ni hee..

Wednesday, 22 January 2014

Kek vanilla stoberi untuk pengasuh


Saya buat simple je. Kek span vanilla.krim dia saya letak stoberi paste dan sedikit warna pink. dah siap semua baru terfikir napela saya tak buat kek perisa stoberi kan hehehehe

Tuesday, 21 January 2014

Kuih sepit kon rainbow dengan choc ganache@nutella



Tak pernah jumpa lagi yang pesen macam ni.sedap.rangup.coklat dia sedap.kulit dia tak tebal. Mak bawa balik dari brunei.tak pernah jumpa lagi kat sini.tak tai la kot2 saya je yang tak pernah jumpa hee

Monday, 20 January 2014

Tempahan: repeat order kek span rainbow dari kak mas



Alhamdulillah..dapat siapkan kek ni. Mixer kesayangan yang berjasa sejak bujang dah rosak.jadinya kek ni diputar dengan mixer baru yang sungguh lah laju.bimbang juga hasil kek tak sama seperti kebiasaan.harap tak la kan..huu..


Deco kek pun tak macam biasa sebab banyak perkataan nak tulis takut tak muat.

Terima kasih kak mas untuk odernya.harap berpuas hati ye..jazaakallah..


Wednesday, 15 January 2014

Tempahan:kek rainbow dengan cream cheese

Tempahan kek rainbow versi berat dengan cream cheese dari kak mai, bos ssaya.alhamdulillah dapat siapkan juga akhirnya.nampak simple tapi lama mengerjakannya sebab cream cheese manja sangat.kek ni untuk bawa ke johor sempena hari lahir ayah kak mmai.selamat hari lahir pakcik..semoga panjang umur murah rejeki dansihat selalu..

Saya tambah awan putih sebab macam bosan je semua warna krkrim.tapi nampak macamtelinga kan haha

Oh ya.tadi saya juga siapkan carrot cake untuk bawa ke lumut rumah kak ipar.mak mentua pun datang.juga untuk mak bawa balik kampung nanti.

Monday, 13 January 2014

Old school buttercake

Salam Maulidur Rasul..
Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..


Alhamdulillah..elok kejadiannya..resepinya masih lagi saya guna resepi kek mentega klasik yang pernah post dalam entry yang lalu. Yang saya perasan kan, kalau saya guna resepi kek mentega yang guna susu segar yang menghampiri setengah cawan atau telur yang melebihi 4 biji mesti tak memuaskan hati hasilnya. mesti sebab saya ni tak pandai kan orang lain buat elok je jadinya. Jadinya kena setia dengan resepi kek mentega asli atau klasik ni.resepi tu saya ingat lagi yang mak ajar saya melalui buku resepi yang mak salin dan tulis.cuma dalam resepi mak, pakai majerin dan tak letak air.untuk kek ni saya letak dalam 3 sudu air.

Harum semerbak baunya.harap rasanya sedap macam hari tu juga ngee...nanti nak potong dan buat small pack sebagai buah tangan nak pergi berjalan rumah kawan-kawan mak esok.

Update.

Dalam proses memotong.macam comot.macam sememeh.tapi yang penting rasa dia sedap dan molek strukturnya alhamdulillah...

Sebekas saja yang potong potong sebab rasanya lagi elok dibiarkan seketul macam tu .kot.ngee..

Sunday, 12 January 2014

Walnut buttercake

Nak habiskan walnut yang dah berkurun dalam peti ais. Saya buat kek butter walnut.tapi tak berapa memuaskan hati.jadi saya tak share kan resepinya ya.kek ni sebenarnya saya buat untuk dijadikan buah tangan pada kawan2 mak..tapi macam tak.memuaskan hati pula..kalau rajin saya buatlah kek lain malam ni.tapi rasa kek butter jugak la kan sebab kawan2 sebaya mak ni minat mereka memang kepada kek2 lemak berat seperti kek mentega tu kan.kena pergi cari anchor butter dulu.oh itu pun kalau suami izinkan saya buat kek malam ni.kalau tak kita beli bahulu atau rempeyek kat petronas je untuk buah tangan hee

Wednesday, 8 January 2014

kek white choc macadamia yang comot

Sy buat sebiji 8 inci. Comot bebenor white choc ganache tu kan.tak apa lah untuk makan2 je.mak makan sikit.kami makan sikit.nak bagi kawan2 sikit.kawan mak sikit.

Patutnya malam ni plan nak buat lasagna tapi tangguh esok la sebab rasa malas pulak.ngee..

Friday, 3 January 2014

Tempahan:kek span vanilla


Oder dari pengasuh untuk birthday suami dia esok.mulanya saya nak buat deco padang bola tapi suami beritahu takut suami dia tak minat bola.tapi masa tu dah warnakan krim hijau.jadi terjadilah begitu kejadiannya haha.tq kak lili.harap berpuas hati ye

Thursday, 2 January 2014

Kek mentega klasik


Tetiba teringin nak makan kek butter.jadinya tengok dalam peti ada lebihan anchor butter.awalnya rasa bersalah aje nak buat kek.tapi buat la jugak dah terliur kan.jangan la makan banyak.panjangkan rezeki.bahagi2.begitu. tapi kan guna pure butter buat kek mentega ni memang menggoda jiwa.bau dia semerbak lemak wangi.suami pun tergoda terus dia mintak nak makan.hee..

Resepi kek mentega klasik

Bahan2

200g anchor butter
3/4 cawan gula halus (kurangkan sikit)
1 1/2 cawan tepung gandum diayak
3/4 sudu teh serbuk penaik diayak
3 biji telor
2 sudu makan  susu pekat
3 sudu makan air biasa
sudu teh esen vanilla

Cara2

Pukul butter dan gula sampai kembang dengan kelajuan tinggi.masukkan telur.pukul lagi.masukkan esen vanilla.susu pekat dan air.pukul sebati.perlahankan mixer.masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.

Saya letak dalam loyang 7 inci.adunan di bahagi dua sama banyak.bakar dalam oven pada suhu 170 darjah selama 30 ke 40 minit atau sampai masak.bergantung pada oven.

Bila kek dah sejuk saya sapu blueberry spread yang ada ketulan blueberry.kemudian sapu buttercream.siap.