saya buat kek span coklat dengan choc mousse dan juga kek span vanilla tanpa serbuk penaik dengan kiwi filling. kek tanpa serbuk penaik tu khas untuk pak mentua yang tak makan sebarang bahan penaik.
semalam saya cuba buat kek minyak. memang hasilnya memuaskan hati. rasanya pun sedap alahai..
Resepi saya rujuk dari
Watie. resepi asalnya setahu saya dari myresepi
mana-mana resepi pun sama je yang saya jumpa. bezanya mungkin sukatan gula
KEK MINYAK
MARBLE
Sumber :
Kemma81 MyResepi (terimakasih
ya)
Bahan-bahan
( 8 x 8 x 2 inci )
5 biji
telur
3/4 cawan
gula halus (saya letak 1/2 cawan)
2 cawan
tepung gandum diayak bersama
1 camca teh
serbuk penaik / baking powder.
1 cawan
susu pekat
1 sudu
besar ovallate
1 cawan
minyak masak perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka
1 sudu teh
esen vanila
secubit garam (saya tambah)
Cara-cara
Pukul telur
bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan
susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan
minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan
bergaul rata. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
Selepas
itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
Lenser tin
kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan
ratakan. Jangan terlalu tebal.
Tuang
setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga
habis.
Bakar pada
suhu 170 darjah selama 40-45 minit.
Utk menguji
kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat
tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini
bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus. Setelah masak, sejukkan dulu, baru
potong.