Monday, 24 August 2015

kek makan sendiri dan tempahan dari jiran

tunggang langgang upload pic hee..ni yang saya pack sebahagian untuk jiran dan kawan. selebihnya pack dalam bekas bawa datang opis

close dekat sikit..hihi

saya terliur kek dalam balang jadinya saya buat dalam cup memandangkan banyak cup kat rumah ngee. buat 3 cup je pun



kek butter santan pandan


asalnya swiss meringue bc ni rasa masin sebab guna unsalted butter tapi lama lps tu dia tak ada dah rasa masin tu. rasa sedap je. magik betul. dalam smbc saya letak gula melaka. sedap rupanya. dia rasa macam caramel sikit

buttermilk choc moist cheese leleh oder dari shikin, jiran seblok hee

yang ni muffin pandan buat untuk minum petang. rasa macam kuih puteri ayu
 
suka nau timbun semua dalam satu post. nampak nau pemalasnya  hikhik

Tuesday, 18 August 2015

Jual..Jual..Seqy Beauty

Alhamdulillah..terbuka pintu hati nak jadi agen kecantikan. kecantikan tu tak menahan hehe. padahal agen produk je hehe. saya sanggup ambil risiko sebab saya memang dah jatuh cinta dengan produk ni. nak cakap lebih tak berapa reti tapi kalau dah rasa kualiti kulit ada peningkatan, memang la saya rasa gembira dan rasa nak berkongsi sama. sebab tu lah terjebak jadi agen..hehe

tak kenal, tak cinta. dah cuba, insyaAllah nak beli sebotol dua. saya bagi cuba pada orang sekitar. pasaran saya bermula dari pejabat saya dulu sebab senang nak panjangkan barang bagi rasa sikit sorang. sesiapa dah cuba dan dah tahu prestasinya bagaimana memang tak lepaskan peluang untuk jadi kemas dan berseri sama-sama.

bb cream wajib ada. bawa ke mana saja. comel segera. muka maintain tak nampak macam cakey atau berminyak. tak perlu sibuk nak touch up tiap sejam. puas hati. struktur licin. lembut. mudah rata. pakai sambil memasak pun wajah masih kekal tak berminyak suami pun suka haha (memang dah cuba).




kalau ada nak tanya atau nak beli produk seqy beauty, boleh wasap saya,
 
Ha - 017 984 2429
 
COD: Putrajaya/Angkasapuri/Subang
 
terima kasih.. :')

Thursday, 13 August 2015

Tempahan:himpunan tempahan yang lalu

ops ni bukan tempahan. tapi ni untuk bawa taska anak. buttermilk choc moist dengan choc mousse dan choc ganache. sebutir kek yang berjaya. syukur

oder dari kak lina untuk jamuan hari lahir jabatan beliau. berjaya dengan cemerlang juga. syukur


kek oder dari kak meri. last minit oder tapi orait je selagi ada bahan dan kelaratan. light choc cake dengan choc mousse layer. wrapped with whipping cream


buttermilk choc moist cake oder dari shila untuk anak bujang. lulus dengan cemerlang juga insyaAllah akan repeat oder pada hujung tahun
 

kek frozen. ala2 last minit oder juga tapi no hal selagi ada bahan dan kelaratan. oder dari kawan suami.
 
 
Alhamdulillah..buat setakat terlarat ajo..buat kek lah rasa gembiranya..dah dekat opis rasa sedih dah. apa tu orang kata index kebahagian di opis sangat rendah..maka buat kek lah index kebahagiaan menjadi tinggi semula.

Tuesday, 4 August 2015

entry mix

kek hari lahir mak. fon buat hal. gambar sebijik kek hilang hihi

santan pandan cupcakes saiz s. cuba olah resepi buat 1/2 adunan. sedap hoi

saya drizzle dengan gula melaka

fuhh yang ni red velvet leleh bawa rumah terbuka kawan. suami request soh buat lagi nih sebab tak ada bahagian untuk rumah. moist. cukup rasa. perghh

sagu gula melaka. bawa ke opis untuk pot luck. bawa sama santan pandan cuppies di atas