Sunday, 30 September 2012

kek di hujung minggu

ungu violet layer cake. beli pewarna baru jadi cuba warna tanpa perancangan

untuk makan-makan sebab ada lebihan cream cheese dalam peti ais

Thursday, 27 September 2012

Jamuan Syawal Terlajak & Tempahan untuk Pertunangan Aisyah

terparkinson pula

baru masak pagi tadi sebelum pergi kerja

mesti ada bahagian untuk suami jugak sebelum dia tanya baik siapkan dulu sepinggan

Selamat Bertunang Aisyah yang manis

Creamy Carbonara Express


 
berkrim

=gemuk

eh ammar pun reti terliur juga ye


Resepi Creamy Carbonara Express

Bahan-bahan

Penyediaan pasta
1/2 peket spageti san remo
sedikit minyak
secubit garam
air

bahan-bahan di atas, rebus sampai masak kemudian toskan

Penyediaan carnonara
1 labu bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih cincang aje
sedikit daun parsley
1 tin prego carbonara yang halal (tin biru)
1/2 tin (tin prego carbonara) susu full cream
1/2 tin (tin prego carbonara) air
1/2 tin cendawan butang (nak letak 1 tin pun tadahal punye)
3 batang sosej black pepper (nak masukkan dada ayam/daging ayam cincang pun okay)
keju cheddar banyak mana mahu (saya letak segenggam yang dah parut)
secubit garam kalau perlu (saya tak letak pun)

tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak/butter, dah layu dan naik bau, masukkan cendawan butang dan daun parsley. kacau sekejap. masukkan sosej, kacau lagi. kemudian masukkan prego carbonara diikuti susu dan air. kalau pekat sangat, tambah air/susu. bila dah mendidih, masukkan keju, perasakan dengan garam jika perlu. siap untuk dihidangkan. express ke? express masuk mulut. boleh laa..haha!

Tuesday, 18 September 2012

Cream puff: jamuan KDN

36 biji cream puff with custard vanilla cream

1st batch bakar, cream puff naik menggunung sampai merekah-rekah. 2nd batch bakar adunan yang sama tapi naik malu-malu. kadang-kadang tak teramal. haih.

Tuesday, 11 September 2012

Sunday, 9 September 2012

Lasagna




Percubaan kali pertama. selama ini kalau teringin, terus terkam secret recepi. lepas ni dah boleh buat sendiri. hodoh tak apa, yang penting rasa dia sedap. puas hati. satu loyang 9 x 9, kami habiskan berdua. dua kali makan aje. malam dan pagi. dahsyat nafsu makan.
 

 

Resepi: lasagna (diolah sedikit)

Sos putih

 
3 sudu makan butter
3 sudu makan tepung gandum
3 cawan susu full cream
Garam secukup rasa

Panaskan butter. Dah cair masukkan tepung gandum./ kacau sekejap. Masukkan susu. kacau sampai pekat.perasakan dengan garam. Kalau suka boleh tambah sikit lada hitam dan oregano.

 
Sos merah

1 botol sos spageti Kimball.prego halal
1 biji bawang besar/bwg Holland (dadu)
3 biji bwg putih (ketuk/cincang)
1 biji tomato/2 bj pun ok (dadu)
1 pek daging ayam cincang ramlee atau apa2 brand
1 tin cendawan butang (potong2)
1 sudu makan sos cili
Oregano/herbs – tak de pun tak pe
Garam
Gula if perlu

Tumis bwg besar n bwg putih. Masukkan daging cincang. Kacau kejap. Daging dah berubah warna masukkan sos merah, tomato,cendawan butang, sos cili. Biarkan memekat/masak. Perasakan garam gula. Oregano. Masukkan lada hitam sikit kalau suka.

 
Lasagne sheet

Biasanya  guna dalam 6 ke 9 keping. Sapu minyak pada tiap helai. Rendam dalam air panas dalam 5 minit.

Keju cheddar parut. Dalam 100g/ikut suka nak banyak mana

To assemble

Guna Loyang 8 inci / 3 biji aluminium foil

Susun

1.       Sos merah (sikit je. tak nak bagi lekat)

2.       Lasagna sheet

3.       Sos putih

4.       Tabur cheese

5.       Ulang sampai habis. Pastikan lapisan atas adalah sos putih kemudian tabor cheese. Bakar dalam 30 minit nak bagi melekat n nk bg cheese cair. Biar set dulu dalam beberapa jam baru cantik potong. Biasanya makan dengan ban bulat.


resepi asal dirujuk dari sini.