Thursday, 16 May 2013

Resepi kek rainbow butterfly

kek rainbow butterfly. lama dah buat tapi lupa nak share resepi

resepi banyak di internet. ada juga saya letak dalam entry sebelum ni. tapi letak balik sebab saya derhaka sikit.

saya rujuk kepada blog kak ita sehingga saya terliur nak buat dan nak makan. sungguhlah cantik warna dan hasil kerja kak ita buat..jauh beza dengan saya punya. hehe tapi apa kisah kan yang penting buat sendiri. hehe

saya sertakan resepinya

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE 
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B) - saya guna 2 biji telor (kuning+putih) - ini yang saya derhaka tu hehe
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

 Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

untuk cara-cara buat rama-rama, sila ke blog kak ita ye..panjang nak paste kan ke sini hehe
untuk topping, saya buat light cream cheese

Light Cream Cheese
125g tatura cream cheese
2 ke 3 sudu gula aising
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan perahan lemon
50g butter/krimwell (kadang-kadang tak letak pun)

putar semua bahan sampai kembang dan sebati. ketepikan.

3/4 cawan whipping cream (putar kental)

kemudian masukkan whiiping cream ke dalam adunan cream cheese, kaup balik sampai sebati. sedia untuk digunakan

alamak terliur la pulak


No comments:

Post a Comment