Thursday, 31 October 2013

Tempahan kek tunang red velvet dan kek white choc macadamia untuk adik

oder dari kawan kepada kawan suami untuk tunang. last minit oder ni. buat setakat mampu aje lah. tambah-tambah saya tak berapa sihat lak masa mengerjakan kek ni. apapun terima kasih dan halalkan yang lebih kurang ye

ni pulak saya buat untuk adik. buat hari sebelumnya. tapi update dalam satu entry je. dia nak datang rumah. biar ada sikit benda dalam peti bila buka ada laa benda nak makan hehe

Monday, 28 October 2013

Temapahan kek white choc macadamia dan kek boston pie untuk makan-makan opis suami




order dari kak ina untuk hari lahir anaknya yang pertama. nak deco kartun2 saya tak yakin nak buat. buat macam biasa aje lah hehe. terima kasih kak. harap berpuas hati dan halalkan yang terlebih terkurang ye..

yang ni pula saya buat untuk makan-makan di ofis suami. bawa 25 biji sama dengan serawa durian yang saya lupa nak letak daun pandan hahahaha!

lebihan kek yang saya korek untuk letak inti kastad tu saya letak dalam mangkuk ammar sikit. habis dia makan.

Sunday, 20 October 2013

Tiramisu dan kek white choc macadamia


dah cedok

punyalah teringin nak makan tiramisu. dah 2 minggu teringin. sampai mimpi-mimpi hehe. akhirnya semalam buat jugak. gedik letak dalam bekas ni. saja buang masa. saya buat satu adunan. dapat 2 bekas ni dan 2 layer bekas 7 inci. untuk cream cheese, saya guna kaedah putar semua sekali tu. krimnya agak lembik memang sesuai tuang dalam bekas dan simpan dalam fridge sampai set. tapi dari segi senang handle, saya lagi suka pukul whipping cream dan cream cheese tu asing-asing. krimnya lebih fluffy, stay dan semestinya jadi lagi banyak. apapun nak mencuba kan kena la buat hehe. untuk resepi, boleh klik link ni




kek white choc macadamia ni pun saya buat semalam. suami tanya, untuk kita ke? saya jawab, bukan untuk kita. hehe. saya buat untuk bawa kat ofis. ada makan-makan esok. tapi saya buat semalam sebab nak bagi sebati. lagi sebati, lagi sedap. mak pernah beritahu, kek paling sedap dinikmati pada hari ketiga. dan memang betul. pernah lepas kek siap terus potong. bila makan, rasa ok. bila makan esok, sedap. bila makan lusa, waahh lagi sedap..! macam tu lah. tak tahu lah kot-kot tu perasaan saya je ;p

Thursday, 17 October 2013

Tempahan: Repeat order kek rainbow dari Aisyah

order dari aisyah untuk makan-makan. hari tu aisyah oder kek rainbow kit kat. terima kasih aisyah untuk odernya..halal yang lebih kurang ye..

Thursday, 10 October 2013

Cobaan: Snowy cheese cake

hasil cedokan beramai-ramai. ok. kek span yang moist sebab saya guna resepi kek span yang selalu saya buat. topping dia saya kurangkan manis sikit. keju cheddar tu masin. bila berlawan semua menyebabkan kek ni kurang manis. lain kali kena maniskan topping seperti resepi asal atau mungkin boleh cari keju cheddar yang kurang masin. hehe ada ke. sebab saya naif pasal keju. pengajarannya lagi, jangan parut keju cheddar tu setimbun atas kek. nanti terlebih masin. hehehe kena berpada-pada hoho. 

tengok, setimbun keju cheddar. parut pagi tadi. kakak opis bawa keju cheddar dari rumah dia. sebab ada cerita pasal keju yang saya beli

haa..ni ceritanya. saya beli keju cheddar yang dah siap parut. senang nak handle tapi hasil taburannya kurang cantik pada saya sebab tak nampak curl parutan. mungkin sebab dah duduk lama dalam plastik.


cuma saya buat kek vanilla dan seketul kek koko yang saya campurkan dengan setengah sudu teh choc emulco dan sedikit pewarna coklat.

STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE
resipi asal : SherryMZ & Sweet4ever
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
* kek sponge:
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna merah & kuning lemon
perisa strawberi & lemon

* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm) - saya guna tatura
2 - 3 sudu besar mentega - tak letak
1/3 cawan susu pekat manis - saya ikut resepi dari internet, guna 1/2 tin susu pekat. tapi saya letak kurang sikit dari 1/2 tin susu pekat. lain kali kena letak 1/2 tin


~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar


~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:
Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:

Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/09/strawberry-lemon-snow-cheese-cake.html#ixzz2hN453yBH

Saturday, 5 October 2013

Perfect vanilla cupcakes lagi

I
Saya buat ccupcakes.masih lagi dengan resepi perfect vanilla cupcakes yang moist n sedap.separuh saya deco dengan swiss buttercream choc, strawberry dan cream cheese.separuh lagi saya buat boston cream pie cupcakes filling creamy custard dan curah ganache.seronok juga sekali sekala buat benda-benda kenit ni


Thursday, 3 October 2013

Tempahan: kek rainbow kit kat m&m

oder dari aisyah. terima kasih banyak ye. halalkan yang lebih kurang..ada saya buat mini bunting tapi tak la pulak saya pacakkan. biar tuan dia sendiri yang pacakkan hehe. m&m pun saya tambah lagi satu plastik saiz sederhana nak bagi lagi penuh dan berhimpit-himpit. tapi tak pula diambil gambarnye..

Wednesday, 2 October 2013

Tempahan: kek rainbow dari kak ila

kak ila oder kek rainbow untuk birthday anak beliau. terima kasih banyak ye kak ila..semoga berpuas hati dan mohon halal yang terlebih kurang. selamat hari lahir Amzar..membesar jadi anak soleh ye