comotnya tempat lapik kek kesan serbuk koko sebab susah juga nak bersihkan tambah-tambah Ammar dah merayu tidur juga susu
belum set tapi tak sabar terus potong alahai comot
tapi posing juga cepat-cepat sebab ada orang tu dah tak sabar nak rasa. suami suka sangat. tapi saya rasa biasa-biasa saja sebabnya kurang serap dengan air nescafe. saya sudukan saja air nescafe akhirnya berbaki lagi setengah cawan. patutnya letak banyak-banyak bagi habis biar semua kek meresap dengan air nescafe. huu
resepinya saya ambil dari sini. manakala kek span, saya ambil resepinya dari sini. cuma saya vanilakan kek span tersebut.
Resepi Kek Span Vanilla
Bahan:
5 biji telor (A)
150 gm gula halus - saya letak 3/4 cawan
1 sudu besar ovallete - saya letak 1 sudu kecil
80 ml minyak (Su tukar butter cair) - saya guna minyak mazola
80 ml susu segar - saya campukan 1 1/2 sudu besar susu tepung dengan 70ml air
* 1 sudu kecil baking powder*
* 150 gm tepung gandum
* di ayak
1 sudu kecil perisa strawberry/ vanilla nak perisa lain tukarlah ye.. - saya letak esen vanilla
sedikit pewarna, jika suka- saya tak letak
Cara-cara- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
- Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
- Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
- Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
- Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
- Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
- - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
- Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
saya pukul semua bahan kecuali susu dan minyak selama 8 minit. kemudian masukkan susu, pukul lagi. kemudian masukkan minyak, kaup balikkan dengan spatula. saya letak dalam dua biji loyang bulat 8 inci. bakar selama lebih kurang 30 minit dengan suhu 170-180 darjah C.
Resepi Tiramisu
Bahan-bahan
250 g cream cheese
250 ml whipping cream
ladyfingers - saya guna kek span
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh nescafe powder tanpa gula - saya letak 1 sudu makan
1/2 cawan air - saya letak 1 cawan
1 sudu besar perahan lemon - saya tambah
Cara-cara
1. saya beat whipping cream dulu sampai kembang. ketepikan
2. kemudian saya beat cream cheese dengan gula dan perahan lemon sampai lembut.
3. akhir sekali saya masukkan whipping krim ke dalam mangkuk cream cheese, kaup balikkan dengan spatula sampai sebati. kejadian dia elok. boleh terus lepa tanpa perlu guna loose pan ataupun bekas.
4. saya potong kek sebanyak empat lapis menggunakan benang kemudian lapiskan dengan krim sehingga habis.
5. akhir sekali, taburkan dengan serbuk koko. menyesal tak hias bagi senonoh sikit hehe
update:
selepas bermalam di dalam peti selama sehari ke dua hari, kek tiramisu ni jadi sedap betul. mungkin rasanya sudah sebati sesama sendiri. mood: sungguh hepi
update:
selepas bermalam di dalam peti selama sehari ke dua hari, kek tiramisu ni jadi sedap betul. mungkin rasanya sudah sebati sesama sendiri. mood: sungguh hepi
No comments:
Post a Comment