Tuesday, 23 December 2014

Tempahan: kek red velvet nombor 2



Alang-alang keletihan mengerjakan kek ni, kita letak banyak sikit gambar. hehe. walaupun nampak simple je tapi fuh. mencabar juga nak membuatnya. mungkin sebab pertama kali kan. apapun seronok je buat kek ni. hehe

kek red velvet cream cheese oder dari Anis. nanti Anis akan letak sendiri kereta-kereta mainan comel hehe. terima kasih banyak ye..harap berpuas hati dan mohon halalkan atas semua kekurangan..Alhamdulillah.

Gambar ebsan dari anis.no 1 tu anis buat sendiri sebagai tambahan sebab adik dia umur 12 tahun.anak sedara dia umur 2 tahun.sambut sama2 hehe comel




Monday, 22 December 2014

Tempahan: kek white choc macadamia dan kek rainbow frozen untuk anak sedara

kek rainbow frozen untuk anak sedara. layer dengan cream cheese. wrapped dengan fresh cream

Frozen. rasanya budak mana yang tak suka kan. hehe. sonok budak2 suka.

tangan gemuk. kata suami. ok memang dah gemuk dah saya tapi hepi. hehe
 

kek white choc macadamia oder dari hafsah. terima kasih banyak ye..harap berpuas hati dan minta halalkan yang terlebih terkurang ye.. :)

Thursday, 18 December 2014

Tempahan: walnut carrot cake dari kak mai

Last minute oder dari Kak Mai. tapi terima juga sebab kek biasa je. terima kasih Kak Mai. jazaakallah..
 
Alhamdulillah kak mai dan kawan-kawan puas hati dengan kek ni. sedap katanya sebab tak manis sangat. just nice semuanya dia beritahu.
 
saya memang biasanya buat kek tak manis sangat sebab mengikut purata selera customers yang pernah mengoder dengan saya yang sukakan kek kurang manis. jadi pada sesiapa yang suka kek yang lebih manis, bolehlah pesan kek yang lebih manis sikit masa mengoder..hehe. 

Monday, 15 December 2014

Tempahan kek bersalut cheese dari nad

Oder dari nad untuk hari lahir anak daranya yang pertama.hehe 

Kesian zara yang comel kena jauhkan dari kek.berisiko untuk mencomotkan kek sendiri. hehe
 
pandai nad pilih warna ala-ala paddle pop. makcik sukaaa..hehe
 
terima kasih banyak ye nad..jazaakallah..


Sunday, 14 December 2014

Monday, 8 December 2014

Kek rainboow velvet

saya buat saiz 6 inci je nih

layer dengan cream cheese. wrapped dengan fresh cream

elok kejadian kek ni. berkat kesabaran hehe. alhamdulillah rasanya pun sedap.
 
untuk resepi, saya rujuk kepada resepi red velvet syapex, cuma dirainbowkan saja..juga saya cuma ambil resepi kek. creamnya adalah seperti yang saya biasa buat. ada dalam entry sebelumnya.
 
Red Velvet Cake
C & P : Dapurmamasya & Syapex
 
Bahan-Bahan
-2 biji telur gred A
-125 gram mentega beku tanpa garam
-1 1/2 cawan tepung naik sendiri*
-1 1/2 sudu makan koko Vochelle* (saya ganti dengan tepung gandum)
-2/3 cawan gula kastor
-2 sudu makan pewarna Red Bright (saya tak letak. saya letak pewarna pelangi)
-1/2 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
-1 sudu teh garam (saya tak letak)
-1/2 sudu makan bicarbonate of soda
-1/2 sudu makan cuka makan
 
Cara-Cara
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sediakan 2 biji loyang 7'' yang telah di alas dengan baking paper.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balikbalikkan hingga sebati.
  7. Bahagi kepada dua bahagian dan tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
 
 

Tuesday, 2 December 2014

Boston cream pie cupcakes untuk mamam

Alhamdulillah..semalam siap.nak buat keknya sekejap je.nak korek isi tengah dan isi kastad tu bercinta juga.mujur anak tidur awal.boleh buat depan tv.tak la boring.hehe.choc ganache tu sy guna tropika milk choc compound.saya rasa coklatnya lagi sedap dari coklat beryls.

Saya bawa opis sikit dan bagi pada kawan.Alhamdulillah sama2 kongsi rezeki.
 
dibostonkan. kek pada hari kedua.
 
 
ditempekkan lebihan cheese. kek pada hari ketiga. paling sedap dimakan
 

Sunday, 30 November 2014

Tempahan: kek white choc macadamia dari hj ishak lagi

Alhamdulillah..siap ssemalam.last minit oder dari haji ishak.syukur bahan penting ada stok kat rumah.cuma papan kek je xde stok yang besar sikit.Nanti letak topper je.

Terima kasih banyak.halalkan yang lebih kurang.jazaakallah..

Wednesday, 26 November 2014

Cupcakes siap yay!

Alhamdulillah siap semua semalam. tapi sedih cream cheese buat hal. lembik pulak. bunga menguncup alahai. letak dalam peti kejap pun gitu lah juga keluar dari nozelnya. haha.


Tuesday, 25 November 2014

buat cupcakes berdikit-dikit


Alhamdulillah. siap bakar cupcakes semalam. dalam 60-70 biji. tapi tak larat nak deco. banyak ni je yang larat. sebab sakit tumit kaki lepas tu rasa nak layan cerita action jadi duduk depan tv alih-alih tertidur.

Tempahan: kek white choc macadamia

 
Alhamdulillah.oder dari kak lina.terima kasih banyak..halal lebih kurang..jazaakallah.

Sunday, 16 November 2014

Butter cupcakes



teringin maka buat. resepinya
 
250g pure butter (saya guna anchor)
3/4 cwn gula castor
4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu pekat
 
guna kaedah creamy method macam biasa.

Tuesday, 11 November 2014

cream puff dan puding roti dengan sos

Sedap sangat ni..alhamdulillah..menepati selera

Puding roti ni rasa yang kawan punya minggu lepas.sedap sesungguh..minggu ni beli.boleh buat makan malam hehe

Ct ayuz sweet bakery datang berjualan setiap hari rabu kat ofis dengan hs nada dan tesco mini.

Boleh jenguk fb ct ayuz untuk jamu mata.berkenan boleh oder.hehe

Thursday, 21 August 2014

kek-kek yang lepas



perfect vanilla ombre cake. oder dari kawan suami. terima kasih banyak



kek eskem kata suami. kek choc mousse. untuk jamuan ofis n utk family yang datang rumah
 
jazaakallah..

Wednesday, 6 August 2014

kek white choc macadamia versi derhaka

boleh pulak tak perasan coklat putih dah habis. jadi guna aje lah apa yang ada dalam gobok. jumpa dark choc n kit kat. belasah.

saya buat 2 biji. 1 biji untuk bawa opis. 1 lagi untuk kawan2 yang nak datang rumah.
tu pasal tak kisah menderhaka sebab bukan kek tempahan. hehehehehe

Tuesday, 5 August 2014

kek red velvet dalam balang


nak feeling2 kek beli dalam balang. jadi buat kek dalam balang. fuh bercinta. potong2 kek guna acuan. letak hati2 lepas tu pipe aising. patutpun tak murah harganya orang jual. hehehehe.
 
saya buat setengah adunan. dapat 5 balang. kek ada berbaki lagi tu saya sumbat je dalam bekas dadih hehehehe. warna pudar sebab letak warna pink. warna bright red habis kat rumah.
 
tapi satu balang tu share 3  orang makan. muak nak habiskan. lagi beberapa balang dalam peti tu rasa dah tak lalu dah nak makan hahahaha.  terliur bukan main. biasa makan sikit lepas tu tak nak dah. tapi ada jugak time nak makan banyak. tengok jenis kek juga la hehehehe.
 
 

Tuesday, 22 July 2014

Tempahan:kek sayur sihat :)

Oder dari opismate ssuami.yani. 
Oder dari baiti 2 biji.satu ada walnut.satu lagi tak ada walnut hee..Lagi sebiji yang comot tu untuk kami.tadi dah potong bagi kawan.Lebih tu kami buat berbuka.

Saya guna unbleached tepung faiza.alhamdulillah ok je outcome dia.insyaAllah kalau semua kek sesuai dan menjadi dengan guna tepung tanpa peluntur faiza tu maka akan saya teruskan.cuma stock kena dapatkan dari giant atau pasaraya.tak ada jual kedai biasa.kalau out of stock memang menggagau.tambahan pulak tak boleh simpan Lama nanti tepung tu ada bubuk hehe.

Jazaakallah untuk odernya.

Monday, 21 July 2014

Tempahan:kek oder dari kak lina untuk anak daranya

Oder dari kak lina.kek span coklat.layer dengan fresh cream dan choc ganache.wrapped dengan fresh cream.

Terima kasih kak.jazaakallah..topper untuk beday girls belum dibuat lagi mihmihmih

Sunday, 20 July 2014

kek span untuk berbuka dan tempahan cream puff

Kuih berbuka yang urban.



Cream puff oder dari hani dan zana.agak malas nak mengerjakannya sebab tu saya dah tak amik sangat oder cream puff ni.buat pun atas dasar tolong kawan2 n bila kebetulan nak buat untuk makan sendiri.

Thursday, 10 July 2014

Tempahan:kek carrot lagi hoho


Oder dari kak posh dan zana.biasa laa ada musim kek tu ada musim kek ni. sekarang giliran kek sayur ni pula yang kerap saya dapat tempahan haha. berat dalam +- 1kg lepas deco.
 
yang penting, saya buat kek dengan penuh kasih sayang haha. jangan kedekut bahan. itu yang saya pegang. dan buat kek untuk customers macam buat untuk nak makan sendiri cuma err..lebih catik. kalau untuk makan sendiri comot je hehe.
 
kalau saya tak ada mood atau rasa nak marah lepas tengok cerita penjahat misalnya, saya akan tangguh dulu dari membuat kek. tunggu mood elok. muka senyum, ikhlas dan happy baru saya akan masuk dapur haha.
 
sebab selain selawat, saya pegang kepada nilai kasih sayang dalam masakan. tak tahu la betul ke tidak tentang tu sebab kasih sayang yang buat makanan jadi lebih sedap tu adalah aura yang tak nampak. tapi boleh dirasai hehe.
 
terima kasih banyak.