Monday 26 August 2013

Tempahan: kek rainbow dari puan liza


saya tambah star sprinkle sikit sebab rasa macam kosong sangat

order dari puan liza. puan liza pick up dekat maghrib semalam. kek rainbow tapi deco ombre. ada space sikit tinggal sebab puan liza nak letak kereta kenit yang dia dah beli. maaf ye atas segala kekurangan. krim tepi kek pun kurang smooth sebab macam lama dah tak bersilat ambil order :)

 saya buat juga red velvet untuk kawan-kawan yang datang beraya di rumah hujung minggu hari tu. tapi saya buat ikut taste suami, dia tak suka cream cheese yang rasa masam. saya suka yang masam sikit sebabnya membuka selera. macam tengok mempelam muda. cair air liur hehe. taste masing-masing la kan.

Thursday 1 August 2013

kek fruit cocktail untuk bawa balik kampung


kek ni untuk hari lahir mak


simple2 je deco sebab tak larat pulun buat kek sampai 4 adunan fuhh~

semua kek adalah kek fruit cocktail. kecuali yang ada choc rice tu. yang dalam pack tu saya sapu dengan strawberry filling sebelum letak whipping cream

Selamat Hari Raya untuk semua yang baca blog ni..
Maaf Zahir Batin

Kuih berbuka: churros aka kuih belimbing

saya buat dua adunan. satu, separuh saya biar plain je. dip dengan sos coklat. separuh adunan lagi saya sirakan. sebelum buat tu rasa macam satu adunan tak cukup, tapi bila dah siap semua mak aii banyaknya...jenuh nak perabihkan. syukur kawan suami datang rumah nak pick up biskut raya semalam. dapatlah hidangkan kuih belimbing ni..

saya suka sangat kuih belimbing ni. kuih ni popular di terengganu. dulu, mas aduduk di terengganu saya selalu beli kuih ni yang ada jual kat pasar atau gerai. bila duduk di kelantan, saya ingatkan ada jugak kuih ni, rupanya tak ada. kat KL lagi lah tak ada..jadi, bila teringin, saya buatlah sendiri..cumanya kuih ni kena goreng. jadi bila tengok kuih ni menyerap minyak masa digoreng tu aduhai rasa bersalah sungguh huu..tak apalah sekali sekala makan ye dak :)

untuk resepi, saya guna resepi lain berbanding yang saya pernah buat dulu, beza sikit je sebab resepi yang saya cuba semalam ni letak ovallette.

Bahan-bahan:
1 cwn air
1 sb gula
1 sk esen vanilla
1 sb majerin
1 sk ovalette (optional...tp better letak utk bg lembut)
* bhn2 ni perlu didihkan
1 cwn gandum
1/2 sk baking powder
* bhn2 ni diayak....
1 biji telur
* kocokkan....

Cara-cara:Didihkan bhn2 yg perlu dididih.... bila mendidih, tutup api
masukkan tepung & baking powder yg telah diayak tadi...kacau cepat2.
Masukkan telur yg telah dikocok...kacau cepat juga hingga sebati. Sejukkan.
Panaskan minyak dlm kuali.
Masukkan adunan dlm acuan semperit...tekan ke bawah lbh kurang 5 cm panjangnya...guntingkan ke dalam minyak panas tadi....
angkat & tabur gula...

Gula sira:

beberapa sudu gula (saya letak empat sudu)
sedikit garam
sedikit air untuk larutkan gula

cara2:

masukkan kesemua bahan dalam kuali. masak sampai air gula mendidih. tutup api. masukkan kuih belimbing. gaul rata. sejukkan sebentar sebelum makan.

Sos Coklat

sedikit coklat milk compound
sedikit air susu

masak guna kaedah double boiler. if pekat sangat bila dah sejuk tu, tambah lagi susu sikit