Monday 30 September 2013

Lasagna

lama dah tak buat. dalam liat-liat malas nak buat akhirnya siap juga. boleh la jadi stok makan malam untuk lagi dua hari hee..untuk resepi, boleh belek-belek dalam entry lama.

Sunday 29 September 2013

Tempahan: kek rainbow untuk beday & convo

oder dari fadh. terima kasih ye. harap berpuas hati dan halalkan yang terlebih terkurang ye. hee

Thursday 26 September 2013

Tempahan: kek white choc macadamia

tempahan dari kak lina. kak lina nak polkadots atas kek. tak lawanye saya buat. sori ye kak..hee..apapun harap berpuas hati dan halalkan ye mana yang terlebih kurang

Tuesday 24 September 2013

Tempahan: kek red velvet petak

tempahan dari kak zarith untuk anak dara nya. hehe. selamat hari lahir nur khairina..membesar jadi anak solehah. terima kasih untuk odernya..harap berpuas hati :')

Sunday 22 September 2013

Tea party hujung minggu yang ringkas

saya buat boston cream pie cupcakes. ilham resepi dari kak noor: http://nooriahnaim.blogspot.com/2013/09/boston-cream-pie-cupcake-very-delicious.html
cuma untuk kek, saya buat perfect vanilla cupcakes. dan untuk krim kastad, saya tambah whipping cream. memang sedap. kegemaran baru suami

white choc walnut cake. sebab guna apa yang ada kat rumah aje. walnut banyak stok kt rumah. sebab tu tak kuasa nak pergi beli macadamia hehe

rainbow ala kadar. komen suami: comot. hehe. comot tu comel apa hehe.

ringkas cenggini aje. konon tea party. minum petang aje kategorinya haha. saya cuma jemput kawan-kawan masa study dulu dan kawan-kawan forum. jumpa lebih kepada nak sembang-sembang aje sebenarnya..

Thursday 19 September 2013

Tempahan: kek rainbow dari kawan suami dan kak mas

kawan suami siap lukis design kek yang dia mahukan. comel je. design simple tapi less is more kan. hee..biasanya 5 warna pelangi. tapi kawan suami nak lagi tinggi, maka saya lebihkan adunan dan buat 6 warna pelangi. mekaseh ye sebab oder. halalkan yang terlebih terkurang..

yang ni pula oder dari kak mas untuk hari lahir anak dia. selamat hari lahir fitrah..jadi anak solehah..terima kasih kak mas. harap berpuas hati, buat penuh kasih sayang ni hee

Tuesday 17 September 2013

Cream puff drizzle dengan coklat

Memang saya tutup oder cream puff buat sementara waktu. tapi yang ni saya buatkan untuk kawan saya sebab tolong kawan. saya mungkin akan buka semula oder cream puff ni kalau dapat upgrade oven disamping nak review harga untuk harga baru.

kak lina minta buatkan 50 biji cream puff. satu set drizzle dengan coklat. satu set biasa. tabur gula aising je sebab snow powder kehabisan stok. terima kasih ye kak.

Wednesday 11 September 2013

Kek baldu merah kenit comei


kenit. comei geram tengok bekasnya sebab tu saya beli hee

saya buat red velvet. dapat banyak ni.

kecik kiut geram tengok

siap pek dengan sudu tapi lupa nak ambil gambar sudu kecik comei tu jugak. saya buat ni sebab nak agihkan pada kawan-kawan. tak teringin nak makan red velvet jadi tinggal sebekas dua je kat rumah. yang lain semua dah habis agihkan. alhamdulillah rezeki hari khamis


Sunday 8 September 2013

Perfect vanilla cupcakes dengan swiss meringue buttercream

Ni saja-saja cuba. memang la rindu nak tengok cupcake wars sejak betv dah tak de dalam senarai siaran. sedih. jadi buat cupcakes kali ni bukanlah sebab terpengaruh/terliur tengok cupcakes war banyak sangat. tapi saya buat kek cawan ni sebenarnya sebab nak mencuba resepi ni. dari tahun lepas lagi saya dok simpan resepi dari glorioustreats ni tapi takut nak buat, sebab takut tak jadi. alih-alih masa menggogle, nampak dalam blog puan azie..dia buat kek ni dan menjadi. dapat semangat dari dia lah menyebabkan saya nak cuba. kalau jadi, boleh buat lagi.

tapi alhamdulillah..menjadi. memang sesuai namanya perfect vanilla cupcakes sebab struktur kek memang cukup gabungan yang sepatutnya. moist dalam masa yang sama gebu. sedap dimakan. cuma resepi ni guna minyak, jadi tak la rasa buttery atau rasa lelemak butter. kalau guna butter cair ganti minyak macam mana ye kejadian dia? ok ke? hee..tapi ok lah sebab makan dengan buttercream yang agak berat, sesuai lah kan.

dan swiss meringue buttercream memang sedap sebab rasa dia light, kurang manis dan tak tebal macam buttercream biasa. nak buat swiss buttercream ni mudah sikit je dari nak buat italian buttercream. dengar kata rasanya lebih kurang sama. tak pasti pulak sebab belum pernah rasa italian buttercream. 


untuk resepi di bawah, saya dapat 15 biji cupcakes.

Perfect Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/4 cawan tepung kek
1 1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 sk pure vanilla extract
1/2 cawan minyak (vegetable, canola or extra light olive oil)
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sk cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)


Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.

Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.

Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.

Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.

Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese

Nota;
Boleh juga dibakar sebagai kek untuk loyang 6 inci atau gandakan adunan untuk loyang bersaiz 8 atau 9 inci.

Resepi Swiss meringue buttercream


Bahan-bahan
2 biji telur putih
6 sudu makan gula
secubit garam (saya lupa letak)
120g butter
esen vanilla (saya letak)

Cara-cara (saya copy dari penulis asal)
putih telur tadi masukkan dalam bekas tahan panas. Pinch kan salt sedikit. Pukul sedikit biar dia berbuih. Then, masukkan gula tadi dan kacau sedikit. Then menggunakan cara double boiler, panaskan telur n gula sambil pukul dan kacau sampai gula hancur. Nak tau macam mana gula tu hancur, colek sikit dengan jari dan gesekkan jari tu. Kalau masih ada lagi rasa kasar or hablur gula tu,maknanya belum cair lagi. Teruskan kacau. Then, bila dah sudah, ambil hand mixer/ stand mixer, whisk telur n gula tu high speed sampai dia jadi stiff n glossy and sehingga bawah bowl tu sejuk. It tooks like 5mins. Depend on the mixer jugak. Bila dah stiff,glossy and cold, masukkan butter sedikit demi sedikit. If sampai 1 masa, batter tu nampak berketul-ketul, its okay. Teruskan pukul sampai dia creamy. After that, baru masukkan vanilla essence or any essence or fruit puree for the taste. Then pukul lagi guna very low speed, untuk buang air bubble yang trap kat dalam buttercream tu. Then, siap! Boleh colorkan mengikut suka hati korang.

Tuesday 3 September 2013

Kek white chocolate macadamia

dah lama teringin nak buat. akhirnya terbuat juga. alhamdulillah..walaupun comot tapi yang penting rasa ada di situ. macadamia nuts memang sedap sangat. patutpun mahal. saya beli dekat RM10 untuk 100g. mungkin kedai bakeri macam yummy atau bake with yen boleh dapat lagi murah.

saya potong-potong untuk bawa bekal dan agihkan pada kawan-kawan. tak tinggal banyak kat rumah sebab tak mahu rasa bersalah habiskan kek. kek ni besar gedabak sebab banyak krim.  


tapi saya ikut resepi dari my resepi: http://www.myresipi.com/top/detail/20044

 sebab malas nak susah-susah masak caramel bagai hehe dasar pemalas. tapi tengok la lain kali kalau rajin, saya buat ikut resepi kak ita. saya sertakan bersama resepi dari my resepi. tapi untuk kek, saya guna resepi yang biasa saya guna. boleh cari dalam blog ni.

krim kastad saya buat separuh dari resepi asal sebab saya nak layer dengan krim kastad tapi topping dengan whipping cream aje. white choc ganache pun saya buat sikit je sebab nak cuah sikit je atas kek, bukan nak salut satu kek

RESEPI KEK WHITE CHOCOLATE MACADAMIA

Sediakan 1 biji kek span vanilla/almond saiz 8" 2 keping

1 cawan whipping cream (saya guna rich biru) - pukul kental. yang ni untuk topping luar

RESEPI: CUSTARD FILLING
  • 400g UHT whip cream (beli jenama Anchor) - saya guna 200g@ 1 cawan (rich biru). saya putar sampai kental. ketepikan.
  • 200g instant custard powder - saya guna 100g
  • 500g susu full cream - saya guna 250g
  • 125g kacang macadamia (dipanggang lebih kurang 5 minit) - saya guna 100g 
  • Bahan C: WHITE CHOCOLATE GANACHE
  • 250g UHT whip cream (beli jenama Anchor) - saya guna fresh milk 50ml
  • 500g white compound chocolate (beli jenama Beryl's) - saya guna 100g (sebab buat sikit je)


  • UNTUK BUAT CUSTARD FILLING: Pukul UHT whip cream hingga bertanduk dan sejukkan dalam peti sejuk.
    1. Di dalam satu mangkuk, campurkan susu full cream dengan instant custard powder dan kacau sebati. Boleh gunakan senduk saja.
    2. Keluarkan whip cream tadi, campurkan dengan custard hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk. Ini adalah cream yang akan digunakan untuk cake filling. - saya kaup balik whipping krim yang dipukul kental dengan kastad tadi 
    3. UNTUK BUAT CHOCOLATE GANACHE: Panaskan UHT whip cream sampai berbuih-buih kecil di tepi periuk. Cuma nak panaskan cream ni sampai suam suam kuku.
    4. Masukkan white chocolate dan kacau sehingga white chocolate cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Ganache ini akan digunakan sebagai topping cake.
    5. CARA SIAPKAN KEK: Setiap kek di potong 2 lapis. Jadi jumlah nya adalah 4 lapis.
    6. Lapiskan kan setiap lapisan kek dengan custard filling. Taburkan kacang macadamia keatas custard filling sebelum diletakkan lapisan kek yang seterusnya. Setelah siap dilapiskan, salutkan keseluruhan kek dengan custard filling.
    7. Dah siap salutkan filling, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit sebelum dituangkan ganache.
    8. Setelah 30 minit, keluarkan kek, letak atas redai, dan tuangkan chocolate ganache sehingga keseluruhan kek disalut dengan chocolate. Hiaskan dengan kacang macadamia lagi ikut kreativiti masing masing. Dan sejukkan kek sehingga chocolate ganache set.

    Sunday 1 September 2013

    Kek buah tangan tunang dan tempahan kek dari zana

    saya buat untuk buah tangan gi majlis tunang kawan saya. untuk makan-makan keluarga. saya buat kek vanilla. layer dengan strawberry filling, fresh krim dan choc mousse. 

    yang ni pula oder dari zana. zana serahkan pada saya nak buat kek apa asalkan dia dapat makan kek. hehe. jadinya keknya saya buat sama macam kek untuk kawan saya sebab buat sekaligus. terima kasih untuk odernyer. dah siap kek, suami tanya, tak ada la ye untuk kita satu? hehe. tak apalah lain kali ye kita buat untuk kita makan-makan.