Sunday 29 December 2013

kek vanilla & red velvet


saya buat 6 inci saja. gabungan kek vanilla dan kek red velvet. sedap kek berat macam ni cuma nak kena tunggu lama sikit kat luar lepas keluar peti ais baru sedap makan.

begini strukturnya. jenis kek berat dan padat. tapi sedap. sehari semalam je dah habis. lepas potong makan sepotong sorang dengan suami, potong bagi kawa-kawan. tinggal dua potong kat rumah, malam tu makan sepotong sorang dan ammar beberapa cubit bahagian kek putih terus habis. senang. hee...

skohns canteen damansara perdana



sungguh lah sedap ngee

sedap. dia punya tepung salut tu berbeza dengan tempat lain. yang paling saya suka kat sini ialah mereka tak guna frozen fries. fries mereka fresh.

untuk sandwich ni, roti dia keras sikit. beritahu diaorang, dapat diskaun dan meraka boleh tukar jenis roti next time.

overal, sangat puas hati. kalau sesiapa nak pergi makan, ni alamatnye ye.

Skohns Canteen
Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G,, 47810 Damansara Perdana, Selangor, Malaysia
+60 12-217 2774
  


Tempahan: kek birthday boboboy


tempahan dari kak zu sempena hari lahir anak bujangnya yang pertama. saya ada buat mini bunting tapi lupa nak snap gambar. alhamdulillah ramai yang suka kek ni. terima kasih kak zu..

kek untuk pemenang: penyertaan no.6

Tahniah Sweet Memory..!

baiti request warna seperti dalam gambar di atas. orait aje hehe. kebetulan pula kek ni untuk birthday baiti. selamat hari lahir baiti..semoga panjang umur murah rejeki dan bahagia hidup dunia akhirat..

Tuesday 24 December 2013

Tempahan: kek snowy cheese@kek cheese meleleh



Oder dari ofismate suami.untuk pack empat segi macam ni rm14 sebekas.saya buat promosi rm12 sebekas.minimum oder 3 bekas.tang parut cheese tu tak senonoh bebenor.tak apa lah praktis lagi hehe

Tempahan: moist vanilla ombre cake

Oder dari kak liza dan kak ttini.sungguh la lupa nak ambil gambar kek sebelum deco.saya buat warna ombre purple dan ombre biru.harap berpuas hati dan halalkan yang lebih kurang ye..

Wednesday 18 December 2013

Kek white choc macadamia untuk famili

Famili belah suami nak datang bercuti esok sempena cuti sekolah yang masih berbaki.tak ada kuih nak buat maka saya buat kek ni lah atas cadangan suami.coet je ni.saiz 6 inci.harap2 cukup untuk semua orang..hehe.untuk resepi, boleh belek entry lepas.

Tempahan:boston cream pie kek

Oder dari baiti ntuk makan2 di ofisnya.halalkan yang terlebih terkurang.terima kasih banyak ye baiti.

Sunday 15 December 2013

Tempahan: moist vanilla cake with cream cheese

order dari kak lina untuk makan-makan. harap berpuas hati dan halalkan yang lebih kurang ye

Apple green ombre untuk pemenang: penyertaan no.2


Tahniah Mista Ari. Alhamdulillah dapat siapkan dengan lancar kek ni. outcome pun memuaskan hati.

roti chicken bolognaise


penangan tengok tripple D kat kt food network channel dan juga pengaruh roti di baker's cottage jadinya saya cuba buat sendiri.

resepi sama macam kuah merah dan kuah putih lasagna. cuma masukkan dalam oven sekejap nak bagi cheese tu melt. tak pun letak sos putih tu panas-panas kemudian tabur cheese. melt juga cheese tu tak payah nak susah-susah masuk oven. sedap.

Thursday 12 December 2013

Tempahan: Repeat order kek rainbow dari Fadh


Fadh oder kek rainbow versi ringan. semalam buat kek sambil tengok pencetus ummah. tapi banyak tengok tv dari buat kek hehe. namun alhamdulillah perjalanan buat kek ni semalam lancar dan ambil masa tak lama. itulah. kalau Allah ijinkan lancar, maka lancar dan menjadilah. kiranya Allah beri sikit ujian dengan kesulitan. mungkin serba tak kena dan serba serbi akan jadi lebih rumit atau memakan masa. kena sabarlah waktu tu sebab semua tu adalah dugaan. 

terima kasih banyak fadh. semoga berpuas hati dan maaf yang terlebih terkurang ye..

Sunday 8 December 2013

scones

Tadi tengok jalan-jalan cari makan.tengok ada scones.nampak sedapnyer lahai..tak fikir panjang terus google resepi dan lepas masak tengah hari terus buat.ok.sedap alhamdulillah menjadi.sayangnya buat separuh adunan sikit sangat sekelip mata je dah nak habis hehe



Saturday 30 November 2013

boston cream pie kek

Sy bt hujung minggu ni untuk bawa ofis esok ada makan2.resepi sama je macam versi cupcake punya cuma yang ni saya buat seketul terus hehe

Thursday 28 November 2013

Tempahan: kek white chocolate macadamia

alhamdulillah..semalam siapkan dua biji kek white choc macadamia. fuh dengan perut tengah kembung memang seksa nak siapkan. sampai hodoh jadinya. huu
satu ni oder dari nad untuk baby shower dengan suami. comei kan nak dapat bayi hehe

nad nak mini bunting sebenarnya tapi bila bincang-bincang kita buat topper la lagi comel hehe. saya buat ringkas-ringkas je


ehsan dari nad. Alhamdulillah nad suka sangat kek ni

satu lagi oder dari jiran kak ina. memang comot je. tambah-tambah tang ganache tu. maaf ye..kita potong harga siap-siap hee

halalkan yang lebih kurang dan harap berpuas hati ye...

Wednesday 27 November 2013

Keputusan: Tawaran kek percuma..!!

Salam

Terima kasih kepada yang sudi menyertai tawaran ni..kepada yang bertuah, TAHNIAH diucapkan. kepada  yang kurang bernasib baik, jangan sedih ye. ada rezeki saya akan buat tawaran lagi di lain hari. sepanjang seminggu tawaran yang saya post, seramai enam (6) orang peserta telah menyerta iaitu:-

4) Aida
5) izzah

Bagi tidak membuang masa, saya umumkan KEPUTUSANnya yang telah diperolehi melalui cabutan nombor elektronik random.org.

KEPUTUSANNYA adalah...


Jeng jeng jeeeeeeng......!!


TAHNIAH Sweet Memory.. !!

TAHNIAH Mista Ari..!!

fuh..terkejut adik..lega dah tak berdebar..hehe..

kepada pemenang, boleh la sms kepada saya untuk tuntutan hadiah..nombor seperti tertera di side bar blog saya. ataupun saya taip terus lagi senang hehe. 017-9842429. butirannya adalah seperti berikut:-

Nama:
Tarikh pick up kek:
Warna:
Perisa (kalau mahu):


TERIMA KASIH SEMUA..!!


Tuesday 26 November 2013

Tawaran Kek Percuma..!!

*Sticky Post*

yay! KEK OMBRE versi berat yang moist. sedap dan berkrim. insyaAllah.. 

tapi untuk sekitar putrajaya/petaling jaya sahaja sebab tiada khidmat penghantaran disediakan. Kawasan adalah seperti berikut:

Putrajaya P9/P11
Working Days (after office hour)
Weekends & cuti umum

PLUS HQ Subang/Pantai Dalam/Angkasapuri
Working Days (during office hour/lunch time) 
 

Caranya mudah saja. Cuma REPLY/DROP COMMENT entry Tawaran Kek Percuma..!! ni. Contohnya beritahu, "Saya nak!" atau apa-apa sahaja yang sesuai.

Nanti kita akan cabut nombor bertuah dari komen-komen (harap-harap ada komennya. nak bagi kek free ni hehe) menggunakan khidmat www.random.org. Contoh: pemberi komen yang kedua, nombornya adalah dua (2). Begitulah seterusnya. Satu (1) peserta, satu (1) penyertaan. Kalau banyak komen pun dari seorang peserta, akan dikira satu (1) penyertaan (komen yang pertama).

Dua (2) orang pemenang bertuah akan dipilih untuk masing-masing mendapat seorang sebiji Kek Ombre versi berat saiz 6 inci. Warna boleh pilih. Apa-apa perisa kalau mahu. Layer dan topping dengan cream cheese. Deco simple.

Tawaran adalah bermula hari ini, 20 Nov 2013 sehingga 27 Nov 2013.

Keputusan akan diumumkan sebelum 30 Nov 2013. Kek akan diberi mengikut tarikh yang dimahukan pemenang.

Semoga Bertuah..!! hoyeehhh..!!!!

Sunday 24 November 2013

Mamam-mamam di sime darby convention centre






overall ok boleh tahan. alhamdulillah. terima kasih suami.

Kek butter yang sungguhlah sedap

saya oder dengan kak lina. memang dah pernah makan sebab tu oder. keknya memang sedap. buttery. sebab dia guna butter SCS. kalau nak oder, boleh ke http://linaalias.blogspot.com/. kek dia memang sedap-sedap.

Friday 22 November 2013

Terliur kek coklat moist lagi



tiba-tiba terliur. dah plan nak gi cari di petronas. syukur kawan beritahu yang ada adik kat ofis ni selalu ada ready stock kek choc moist. terus call minta dua bekas. adik ni hantar ke tempat. terus ngap. memang sangat sedap. satu bekas ni RM3.

Thursday 21 November 2013

teknologi di hujung jari

antara kek dideco ketika tangan masih sangat keras. sekarang pun keras lagi cuma dah tak takut-takut sangat macam dulu.

Teringat masa sekolah menengah dulu saya cuba putar majerin dengan gula nak buat aising kek. Saya sapu pada kek. Bila makan, kenapa rasa tak sedap macam kedai kek? Sungguh lah susah nak dapat apa-apa resepi yang sedap waktu dulu. Internet tak ada nak google-google. Nak minta resepi dari orang, orang sekeliling pun tak tahu nak buat aising macam mana. Jadi, agak-agak macam tu lah dulu.

 sekarang, semua dah mudah. kalau mak mentua mintak masak makanan yang kita tak pernah masak pun boleh curi-curi google resepi kat celah dapur. nak call mak kan takut nampak sangat kantoinya. hehe 

Wednesday 20 November 2013

Tempahan: kek ombre biru dan mini red velvet




kek span vanilla. layer strawberry filling + buttercream tipis (sebab kat sekeliling kek dah tebal nanti muak). deco ombre rossette buttercream idea Ati sendiri. oder dari Ati untuk hantaran kahwin. memang sesuai guna buttercream. tak mudah cair 

mini red velvet kek ni pula Ati oder untuk makan-makan.

terima kasih Ati untuk odernya..halal ye yang lebih kurang..

Wednesday 13 November 2013

kek snowy cheese untuk mamam-mamam

buat untuk makan-makan di pejabat. kawan kami nak pindah kerja. sedih. dengan buat cepat-cepat sebab nak tengok twilight kat fox hd lagi, comot jadinya. apapun yang penting rasa bukan rupa hee. untuk resepi, boleh klik entry lepas. blog ni ada masalah nak link. jadi begitulah jadinya link tersebut

Monday 11 November 2013

Tempahan: boston cream pie cc

Oder dari kawan suami.terima kasih banyak.harap berpuas hati dan halalkan yang terkurang ye..lagi satu set saya sediakan untuk pengasuh sementara ammar.satu set 16 biji ni saya jual rm28 je.berpatutan sebab ada inti kastad cream dan choc ganache.deco simple 

Sunday 10 November 2013

Biskut lidah kucing pelangi

saya beli di Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival. produk anak-anak yatim dan faqir miskin. sedap. lemak-lemak rasa dia. dapat juga rasa. selama ni tengookk je dalam blog orang. kegemaran ammar. lepas satu-satu dia mintak.

Friday 8 November 2013

Kek ombre pink versi berat perisa stoberi

Macam lamaa je tak buat kek rainbow untuk diri sendiri.tapi terbuat ombre hehe.kali ni saya buat versi kek vanilla.kek berat.bukan kek span.banyak ni.kawan2 meh la datang rumah hujung minggu ni boleh makan kek hehe.sebahagian lagi saya biasanya bawa ke pejabatspread the fat.takkan nak gumuks sorang2 kan..hehe.

Tuesday 5 November 2013

Snowy stoberi cheesecake peket kenit

saya buat kek ni dengan adik. adik nak belajar buat sebab dia nak buat jualan di kuala krai. tengah cuba kesesuaian packaging. yang ni macam ok la kot. kalau rajin, saya ingat nak buat jualan ready stock. tapi tak tahu lagi tengok keadaan dulu. apapun, gabungan kek perisa stoberi dengan cream cheese dan cheese parut tu memang sedap. kali ni memang saya tak derhaka sukatan susu pekat manis dalam topping. gabungan semua tu memang sedang elok rasa dia. alhamdulillah cubaan kali kedua yang berjaya.

Saturday 2 November 2013

Pavlova dan sardin puff di hujung minggu

Pavlova.buat untuk adik juga.untuk resepi boleh belek entry lama

Sardin puff untuk sarapan.guna pastri kawan.sedap dan mudah

Thursday 31 October 2013

Tempahan kek tunang red velvet dan kek white choc macadamia untuk adik

oder dari kawan kepada kawan suami untuk tunang. last minit oder ni. buat setakat mampu aje lah. tambah-tambah saya tak berapa sihat lak masa mengerjakan kek ni. apapun terima kasih dan halalkan yang lebih kurang ye

ni pulak saya buat untuk adik. buat hari sebelumnya. tapi update dalam satu entry je. dia nak datang rumah. biar ada sikit benda dalam peti bila buka ada laa benda nak makan hehe

Monday 28 October 2013

Temapahan kek white choc macadamia dan kek boston pie untuk makan-makan opis suami




order dari kak ina untuk hari lahir anaknya yang pertama. nak deco kartun2 saya tak yakin nak buat. buat macam biasa aje lah hehe. terima kasih kak. harap berpuas hati dan halalkan yang terlebih terkurang ye..

yang ni pula saya buat untuk makan-makan di ofis suami. bawa 25 biji sama dengan serawa durian yang saya lupa nak letak daun pandan hahahaha!

lebihan kek yang saya korek untuk letak inti kastad tu saya letak dalam mangkuk ammar sikit. habis dia makan.