Thursday 31 January 2013

Wednesday 30 January 2013

Apa yang wajib dibeli ketika merayau di PKNS shah alam?

sampai PKNS shah alam, please follow your nose

ia akan bawa kita ke gerai jual cheese tart! freash from oven yay!

juga ada cheese kek comel yang baru masak

siap dengan sudu. boleh makan terus suam-suam

dap dap

aduh memang sedap. rangup pastry dia. berkrim filling dia. makan terus suam-suam lepas chesse tart bertukar tangan dengan adik penjual. sampai terlupa nak beli untuk suami juga sebab dia pun suka makan. mujurlah sebelum balik teringat yang saya perlu belikan untuk suami. maka beli lagi untuk suami. dan saya lagi sekali T_T

oh ya, lagi satu kegemaran saya tiap kali singgah gerai tersebut ialah tart nenas dia..tapi sekarang dah tak jual...rupanya dahlama dah tak de jual..lama bebenor dah saya tak jejak PKNS rupanya..huu


Monday 28 January 2013

Tempahan: Cream puff dari Kak Ika

30 biji cream puff order dari kak ika untuk meeting..mekaseh ye kak...

Kek buah peach

gara-gara tengok dan mam kek Aqeel la ni hehe

kek, saya buat kek span vanilla yang selalu saya buat. cuma lapis dengan fresh cream dan buah peach dalam tin yang saya potong dadu. saya tak buat pun diplomat cream ke apa sebab nak cepat

sekarang tak boleh selalu buat kek sebab takut suami komplen dia jadi makin montel. sebab bila dah buat, dia akan makan. kalau tak de, tak makan tak montel la kan. saya ni makan lah banyak mana pun keding macam tu jugak..huk2. nak montel balik..

Thursday 24 January 2013

Pizza san fracisco BBB

pizza sedap. pergi makan semalam. sebelum pergi jalan-jalan masa cuti maulidur rasul.

bertali. suami suka. dia beritahu selalu tengok dalam tivi masa kecik-kecik dulu.

dah kenyang tak habis makan. bungkus. dah malam baru makan pun roti masih lembut. topping masih moist.


tak ingat apa nama menu ni. tapi ayam. sedap

fish n chips RM10 kot. dapat 2 keping ikan. sedap. saya bagi ammar  pegang fries yang dah dibuang garam. tapi ammar tercekik ;p tak boleh bagi finger food lagi. eh lupa. dah pernah buat roti gulung bakar inti kismis untuk ammar. tak tercekik pun. mungkin sebab roti jadi lembik bila dah dikemam2 ;p so dah boleh cuma kena pilih2 je mana sesuai kan ;) 

Pengumuman

Tempahan durian crepe telah ditutup. i'Allah akan dibuka semula pada musim durian yang akan datang. terima kasih atas sokongan :')

Tuesday 22 January 2013

Baby Adra homecoming party

drebar terlebih gula

ok. tenang sikit. hati-hati memandu

hadiah untuk adra. baju je. tapi amik gambar sebab beg kertas tu serius lawa. nyesal tak beli lebih buat koleksi (hadiah untuk diri sendiri) T_T

yay! baby adra boleh tertido masa amik gambar. gambar ni je yang ada. tak sempat nak amik masa adra pakai gaun. hari tu dukung anak dara sunti orang terus rasa wah comelnya diri sendiri bila dukung baby girl. patutpun pernah baca kat mana ntah yang anak tu pun aksesori seorang ibu. bila dukung anak, nampak vogue macam galas tas tangan mahal. hehehe



*contoh*

food! karipap paling sedap. carbonara pun sedap. nasi lagi sedap. siap ada telor masin dan ikan kering lagi

babah adra memang suka deko2 ni dan kek ada fruit tu sedap! ada kastad cream

saya berkenan dengan bunga ros tu hee..saya bukannya minat bunga sangat tapi berkenan plak tengok bunga tu. lucunya kerana terlalu sombong dengan bunga, kat rumah saya cuma ada satu pasu bunga yang ada bunga ros lebih buat hantaran masa nikah dulu T_T


Sunday 20 January 2013

Tempahan: Durian crepe hari isnin (21/1/2013)

Alhamdulillah...hari ahad semalam berjaya siapkan order untu pickup/delivery untuk hari ini..saya start melempeng pukul 9 pagi..siap semua pukul 10.30 malam. menyambil sebab ammar kan tak boleh berenggang dengan saya lagi-lagi ammar tak berapa sihat. terima kasih ye. halal kan yang terlebih terkurang...yang comot..yang hodoh..yang berkedut..heh

Thursday 17 January 2013

Tempahan: Heavenly carrot cake

Order dari officemate suami. terima kasih ye...maaf terlebih terkurang...carrot kek ni ada kelapa kering, nenas selain walnut, kismis & carrot itu sendiri. kalau sesiapa yang tak suka kelapa kering, boleh ganti dengan oats. kalau tak suka kelapa kering/oats dan nenas pula, boleh request walnut carrot cake. harganya pun murah sikit berbanding heavenly carrot cake ni

 
yang hodoh sebelah kiri tu untuk makan-makan kat rumah. tak cukup cream cheese. malas nak putar lagi. sebab tu lah begitu kejadiannya...bertampal-tampal

heavenly carrot cake + cream cheese topping
7"
anggaran berat +-1kg
RM40 (harga pengenalan RM35)

Wednesday 16 January 2013

Tempahan: Mini Red Velvet

Terima kasih Asah sebab sudi order kek untuk anniversary percintaan dengan suami...happy aaniversary..maaf ye terlebih terkurang..lagi-lagi part huruf 'a' yang terkeluar macam coklat cip tu. nak betulkan takut rosak semua hehehe...

Mini red velvet + cream cheese topping
6"
RM30

Sunday 13 January 2013

Tempahan: Durian Crepe hari Isnin (14/1/2013)

Durian/Choc Crepe untuk pick up/deliver pada hari ini

Alhamdulillah...walaupun pelbagai dugaan nak siapkan doyan/choc crepe ni..akhirnya siap juga dengan ijin Allah..tingkat atas tu choc crepe..tingkat bawah tu doyan crepe..tapi isi doyan tak cukup pulak semalam. yang untuk pick-up malam ni, saya akan sambung buat lepas balik kerja petang ini. terima kasih kepada yang dah menempah..halal ye terlebih terkurang.

oh ya, doyan dah tak berapa nak ada. ada pun dah mahal. gerai doyan pun dah banyak yang tutup. tak pasti la tempat lain. yang saya maksudkan di sekitar rumah saya. huu..nampak gayanya saya kena setelkan beberapa order lepas tu tutup order untuk musim ni..kalau ada rejeki dan permintaan, doyan crepe boleh dibuat pada musim hadapan pula..i'Allah...

Sedihnya..baru rasa pavlova

saya beli di Bread Time Bakery, Bandar Baru Bangi. sedap walaupun manis meleting

Wednesday 9 January 2013

Potluck New Year Party


semalam saya buat kek rainbow versi 4 kaler sebab malas melanda dan mini red velvet resepi man raven. agak comot sebab kelam kabut buat. anak dah rayu tidur juga susu

 
new year party ni untuk esok sebenarnya tapi buat semalam sebab malam ni ada hal
oh ya, if sesiapa nak tempah mini red velvet 6" simple deco, saya buka untuk tempahan. RM30 sahaja...

Monday 7 January 2013

Tempahan: Kek Edible Image Boboi Boy

Order dari officemate suami. saya letak dua lagi extra edible image instead of cuma yang bulat tu. terima kasih ye..maaf dan halal ye yang terkurang, tercomot..1st time kot bergelumang dengan edible image ni..hehe..

kek span vanilla dengan fresh cream dan filling strawberry
8" anggaran berat 1kg

Edible image saya tempah dari sini. sesiapa yang area putrajaya nak tempah edible image, boleh la order dengan intan :')

Sunday 6 January 2013

Tempahan: Cream puff untuk Ustazah Nawiyah

Ustazah Nawiyah order 4 set (100 biji) cream puff untuk jamuan di Tahsin beliau..suami deliver pada pagi sabtu..terima kasih banyak ye...
maaf terlebih terkurang..dah la bekas guna apa yang ada kat rumah je sebab ammar demam campak. tak sempat nak gi beli. petang tu masa nak gi beli hujan selebatnya pastu bila suami nak gi, kedai tutup pulak..huu

Thursday 3 January 2013

Kek span rainbow dan mamam-mamam di rumah nalin


seronok pulak buat kek ni sebab warna warni

ok dah siap dah

dah bawa ke rumah nalin

nalin masak sedap. lepas rindu nak rasa air tangan nalin. nalin rajin masak masa duduk bujang dulu. hari tu nalin masak laksa dan nasi bukhori. wani inra bawa nasi impit kuah kacang dan ayam masak merah yang agak pedas tapi sedap


dah potong.

5 warna saja sebab nanti tak leh nak masuk bekas..kejadian kek ni memang gebu, lembut, lembab dan padat. kalau saya, saya prefer kek span rainbow berbanding kek rainbow base white cake..sebab base white cake cepat muak dan tak mampu nak makan banyak hehehehe
oh ye masuk tahun baru 2013 ammar demam. 2 malam ammar monyok. ni baru ceria sikit

tengok la orang demam bawah mata memang nampak merah ye? pagi tadi ammar bangun tak ceria sangat tapi suhu badan ok. jadi masuk keja dah hari ni

haha! bercampur2 entry ni hehehehe..


Tempahan: Cream puff dari Nalin

1 set cream puff

Terima kasih ye nalin...nalin order untuk makan-makan di rumahnya..saya pun tetamu..hehehe