Sunday 31 March 2013

Tempahan: Kek Rainbow dari Kak Lina

Tempahan dari kak lina untuk birthday anak teruna dia..Selamat Hari Lahor Boboy..membesar jadi anak yang soleh dan dilindungi Allah selalu..
terima kasih banyak kak lina..halal ye terlebih terkurang.. :)

oh ya hari sabtu hari tu ammar pergi jalan-jalan pakai baju lembu. ammar tayang gigi 6 batang. gigi papa hehehe

jalan-jalan kat tesco, ada ambil gambar suka-suka lepas tunjuk resit pembelian tesco RM50 ke atas. ammar macam biasa, susah nak senyum hahaha 

Sunday 24 March 2013

resepi red velvet cake


hari ahad petang tu saya start buat red velvet. sebab dah lama rasanya tak buat untuk makan-makan sendiri. terlewat buat sebab saya minta izin suami nak buat, tapi tak jelas keizinan dia jadi saya tak buat. petang tu suami tanya, tak buat kek ke tadi kan teringin? saya beritahu yang dia tak izinkan jadi tak buat. suami saya beritahu, buat lah. saya pun sepantas kilat masuk dapur keletung keletang buat kek dengan aman sebab ammar pun tido.

nyum! tak sempat sebati/semalaman, saya dah potong makan sebab tak sabar. sedap kek banyak pewarna ni.



Resepi Red Velvet Cake

Rujukan: My Resepi

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten) - saya letak 1 sudu besar saja sebab nak bagi nampak lebih merah
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup) - saya letak 1 sudu setengah
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula - saya letak 1 suku cwn
  • 2 biji telur pada suhu bilik - saya guna telor gred B (itu aje y ada kat rumah)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan - saya guna 3/4 buku
  • 1/2 cup butter dilembutkan - saya letak 50g creamwell
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup - saya letak 3 sudu makan
  • saya tambah dalam setengah cawan whipping cream (putar kental lepas tu kaup balik dalam adunan cream cheese)
Cara-cara
  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

Tempahan: Cream puff dari ofismate suami

ofismate suami order 3 set cream puff. pick up di ofis suami hari sabtu sebelum pergi jalan-jalan.
terima kasih ye..maaf terlebih terkurang..

Sunday 17 March 2013

Pavlova & kek anniversary


Pavlova

percubaan pertama

dah siap dah hoho
besoknya potong. saya suka. lagi sedap daripada kek rasa dia. suami suka. tapi suami beritahu lagi sedap kalau tak ada buah T_T dan dia beritahu nak kurangkan manis lagi. saya beritahu dah kurangkan gula. takut kurangkan lagi takut tak jadi. ntah boleh ke kurangkan lagi gula tu ya?

resepi macam biasa ambil dari google. lebih kurang aje resepinya. saya ambil dari sini.

Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1/2 cawan gula (sia blend) - resepi asal guna 1 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

250ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila


Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
4 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur
1 biji buah markisa (kalau ada)

Cara-cara buat pavlova:

Untuk cream, saya buat cream cheese. memang sedap bila gabung dengan buah dan pavlova. yang ni yang saya dah olah ikut selera saya..

Resepi Light Cream Cheese untuk Pavlova

(putar sampai ketal)
3/4 cawan whipping cream
1/2 sudu teh esen vanilla

(saya mixkan dengan sudu aje)
3 sudu makan cream cheese
1/2 sudu makan gula aising

satukan kedua-duanya. ready untuk digunakan


Kek Anniversary

saya buat kek span

saya layerkan dengan fresh cream aje. kalau buat diplomat cream mesti lagi lemak berkrim rasa dia tapi malas nak masak kastad ngee

saya buat 2 layer aje sebab nanti takut tinggi sangat bila layer2 kan dengan buah sampai 3,4 lapis

yay! siap dah. sebenarnya watak utama adalah pavlova. kek ni buat sebab takut pavlova tak menjadi di samping nak habiskan stock buah takut rosak, tapi menjadi pulak pavlova dan kami dah selamat memakan pavlova pada pagi sabtu tersebut ngeh ngeh

potong kecik. bila makan ni, saya teringat2 pada pavlova. saya pun tak sangka pavlova tu sedap betul rupanya sampai hilang feel makan kek hehe

Wednesday 13 March 2013

Tempahan: Cream puff dari kak ros

1 set cream puff order dari kak ros, hosmet saya dulu. cawan kertas dah habis. guna apa yang ada kat rumah je. tengok la betapa hodoh puff duduk dalam cawan kertas yang kembang gedabak. terima kasih ye kak ros..rindu lak masa dok serumah dulu masa lapang pergi jalan-jalan hehe

Tuesday 12 March 2013

Sunday 10 March 2013

Heavenly carrot cake & tiramisu cake

membaking di hujung minggu memandangkan macam lama dah tak ada desert dalam peti sejuk. saya terliur nak makan tiramisu. suami nak carrot cake. so saya buat dua-dua tapi half-half resepi. dan bahan kelapa dalam carrot cake saya gantikan dengan oat. nampak gayanya saya lagi sukakan kelapa dalam carrot cake tersebut sebab lagi wangi dan berlemak..suami macam biasa komen dia, "sama je," well, lelaki. T_T

Mamam-mamam di Thai tom yam kung


Restoran ni di P14
buku menu dia lawa. makanan strick yang ada dalam menu sahaja. ayam masam manis yang saya teringin sejak dua hari tidak wujud T_T

Ammar tunggu makanan sampai. Ammar dah makan bubur kat rumah tapi macam biasa bila kitaorang makan, dia pun mesti nak makan sama punya

dah sampai yay! telor kung fu tu memang sedap betul. melt in your mouth ler. rangup lak tu. nak lagi nak lagi

Thursday 7 March 2013

Tempahan: Kek rainbow + edible image

Puan Ayu dari P9 order 2 biji rainbow kek untuk hari lahir anak beliau. saya layerkan dengan light cream cheese dan toppingkan dengan fresh cream.

satu ultraman. gambar edible image ultraman yang ready stock kat kedai dah habis maka terpaksa order last minute. alang-alang tu nak minta gambar anak pn Ayu boleh masukkan dalam edible image tapi tak sempat sebab dah last minute order edible image kan.

suami saya suruh saya conteng pada tempat yang saya biarkan kosong tu. tapi saya beritahu dia nanti serabut tenggelam watak pelangi. lepas tu saya bagi note saya pada dia dan suruh dia lukis apa yang dia nak lukis atas gambar kek yang saya dah snap. dia buat border. padam. dia lukis awan. padam. lukis rumput. padam. lepas tu saya tak tahu dia lukis apa dah. lepas tu dia diam tengok tv. hehehe

satu upin ipin. ini watak utama tapi kurang kemas pulak. mungkin ammar mengamuk jadi saya stress maka jadi begini. tapi saya dah bagi diskaun sebab kecomotan tersebut. ngee

terima kasih banyak ye puan Ayu..jazaakallah..

Tempahan: repeat order cream puff dari Pn Su

1 set cream puff order dari Pn Su..mekaseh ye..