Thursday, 26 April 2012

Ayam panggang sos putih dan pasta tuna

dinner semalam. kenyang betul sebab portion banyak. buat banyak, makan pun banyak la kan. resepi sos putih, dah ada dalam entry terdahulu. ayam tu saya cuma gaul dan perap dalam sejam dengan bawang putih tumbuk dua ulas, halia tumbuk sikit, serbuk lada hitam, oregano, garam dan sos tiram. lepas tu masak dalam non stick pan aje dengan sedikit minyak (boleh guna butter atau minyak zaitun) sampai masak.

resepi pasta tuna, saya gabungkan dua resepi ini dan ini menjadi resepi yang diubah sedikit seperti di bawah (saya buat separuh resepi).


Resepi Pasta Tuna

Bahan-Bahan

250 g makaroni (nak guna penne tapi tak ada kat kedai mamak dekat rumah)
1 tin tuna ayam brand
1 biji bawang besar didadu/cincang
2 ulas bawang putih didadu/cincang
1 sudu besar cili giling
1 sudu teh serbuk kari ayam
1 sudu besar kicap manis
1/2 tin kecil tomato puree
1 biji tomato didadu
1/2 ketul pati ayam
2 sudu besar mayonis
daun sup secukupnya
3 biji cendawan butang dipotong2 (sebenarnya nak letak 4 biji tapi satu biji lagi tu dah tergolek jatuh ke lantai. huu)

Cara-cara

1. panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. masukkan cili kisar. goreng sampai agak garing
3. masukkan serbuk kari, tomato puree, kicap manis, pati ayam dan gaul sebati
4. masukkan ikan tuna, tomato dadu, mayonis dan perasakan dengan garam
5. masukkan pasta, kemudian masukkan cendawan butang, daup sup, lada kalau mahu pedas, sayur campur kalau suka, gaul sebati.
6. siap untuk dihidangkan

Wednesday, 25 April 2012

Tuesday, 24 April 2012

kek cawan pink pink

kek cawan pink pink

lama dah buat. post sebab nak kongsi resepi lagipun tetiba rasa terliur kan. resepi, saya guna resepi kek mentega aje. krimnya cuma krimwell pukul dengan gula.

Resepi Kek Cawan Mentega

Bahan-bahan

250g butter suhu bilik
3/4 cawan gula kisar halus
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu teh serbuk penaik (ayak)
2 sudu teh susu pekat manis
4 biji telor
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara

1. pukul butter + gula sampai kembang, ringan.
2. masukkan telur sedikit demi sedikit . pukul lagi sampai hilang bintil
3. masukkan esen vanilla dan susu pekat
4. masukkan adunan tepung dan serbuk penaik. gaul sebati
5. sudukan dalam cawan kertas. bakar pada suhu 150-170 derjah bergantung pada oven selama 20-30 minit atau sampai masak

Krim

Krimwell + gula secukup rasa. pukul sampai kembang. kemudian masukkan sedikit esen vanilla. kalau nak lagi sedap, boleh guna resepi ini.

Sunday, 22 April 2012

Tempahan - krim puff

sebelum berbedak

selepas berbedak

order dari kak oyen untuk jamuan di pejabat. terima kasih banyak..

50biji RM30

Wednesday, 18 April 2012

Kuih belimbing

memang mudah buat macam ni. kalau penyet dalam kuali memang kelam kabut jugak

belum apa-apa suami saya dah ngap dulu tak sempat nak posing menimbun comel-comel depan kamera

resepi asal dan tunjuk ajar dari sini. sebenarnya satu hari tu tetiba termimpi kuih belimbing. lepas tu kan asyik teringat aje akhirnya tabahkan hati jugak buat sebab masa 1st time buat beberapa tahun lepas tak menjadi. buang aje sebabnya memang teruk sangat kejadian dia. berkat tabah hati, alhamdulillah menjadi jugak kuih belimbing saya hujung minggu hari tu walaupun kenit-kenit aje rupa dia. saya guna nozel aje. letak adunan dalam piping beg. amik kau tiga kali pecah saya punya piping beg. kui kui kui

Hi tea @ crystal crown hotel






haha banyak gambar benda manis