Tuesday, 23 December 2014

Tempahan: kek red velvet nombor 2



Alang-alang keletihan mengerjakan kek ni, kita letak banyak sikit gambar. hehe. walaupun nampak simple je tapi fuh. mencabar juga nak membuatnya. mungkin sebab pertama kali kan. apapun seronok je buat kek ni. hehe

kek red velvet cream cheese oder dari Anis. nanti Anis akan letak sendiri kereta-kereta mainan comel hehe. terima kasih banyak ye..harap berpuas hati dan mohon halalkan atas semua kekurangan..Alhamdulillah.

Gambar ebsan dari anis.no 1 tu anis buat sendiri sebagai tambahan sebab adik dia umur 12 tahun.anak sedara dia umur 2 tahun.sambut sama2 hehe comel




Monday, 22 December 2014

Tempahan: kek white choc macadamia dan kek rainbow frozen untuk anak sedara

kek rainbow frozen untuk anak sedara. layer dengan cream cheese. wrapped dengan fresh cream

Frozen. rasanya budak mana yang tak suka kan. hehe. sonok budak2 suka.

tangan gemuk. kata suami. ok memang dah gemuk dah saya tapi hepi. hehe
 

kek white choc macadamia oder dari hafsah. terima kasih banyak ye..harap berpuas hati dan minta halalkan yang terlebih terkurang ye.. :)

Thursday, 18 December 2014

Tempahan: walnut carrot cake dari kak mai

Last minute oder dari Kak Mai. tapi terima juga sebab kek biasa je. terima kasih Kak Mai. jazaakallah..
 
Alhamdulillah kak mai dan kawan-kawan puas hati dengan kek ni. sedap katanya sebab tak manis sangat. just nice semuanya dia beritahu.
 
saya memang biasanya buat kek tak manis sangat sebab mengikut purata selera customers yang pernah mengoder dengan saya yang sukakan kek kurang manis. jadi pada sesiapa yang suka kek yang lebih manis, bolehlah pesan kek yang lebih manis sikit masa mengoder..hehe. 

Monday, 15 December 2014

Tempahan kek bersalut cheese dari nad

Oder dari nad untuk hari lahir anak daranya yang pertama.hehe 

Kesian zara yang comel kena jauhkan dari kek.berisiko untuk mencomotkan kek sendiri. hehe
 
pandai nad pilih warna ala-ala paddle pop. makcik sukaaa..hehe
 
terima kasih banyak ye nad..jazaakallah..


Sunday, 14 December 2014

Monday, 8 December 2014

Kek rainboow velvet

saya buat saiz 6 inci je nih

layer dengan cream cheese. wrapped dengan fresh cream

elok kejadian kek ni. berkat kesabaran hehe. alhamdulillah rasanya pun sedap.
 
untuk resepi, saya rujuk kepada resepi red velvet syapex, cuma dirainbowkan saja..juga saya cuma ambil resepi kek. creamnya adalah seperti yang saya biasa buat. ada dalam entry sebelumnya.
 
Red Velvet Cake
C & P : Dapurmamasya & Syapex
 
Bahan-Bahan
-2 biji telur gred A
-125 gram mentega beku tanpa garam
-1 1/2 cawan tepung naik sendiri*
-1 1/2 sudu makan koko Vochelle* (saya ganti dengan tepung gandum)
-2/3 cawan gula kastor
-2 sudu makan pewarna Red Bright (saya tak letak. saya letak pewarna pelangi)
-1/2 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
-1 sudu teh garam (saya tak letak)
-1/2 sudu makan bicarbonate of soda
-1/2 sudu makan cuka makan
 
Cara-Cara
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sediakan 2 biji loyang 7'' yang telah di alas dengan baking paper.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balikbalikkan hingga sebati.
  7. Bahagi kepada dua bahagian dan tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
 
 

Tuesday, 2 December 2014

Boston cream pie cupcakes untuk mamam

Alhamdulillah..semalam siap.nak buat keknya sekejap je.nak korek isi tengah dan isi kastad tu bercinta juga.mujur anak tidur awal.boleh buat depan tv.tak la boring.hehe.choc ganache tu sy guna tropika milk choc compound.saya rasa coklatnya lagi sedap dari coklat beryls.

Saya bawa opis sikit dan bagi pada kawan.Alhamdulillah sama2 kongsi rezeki.
 
dibostonkan. kek pada hari kedua.
 
 
ditempekkan lebihan cheese. kek pada hari ketiga. paling sedap dimakan