Wednesday 27 February 2013

Tempahan: untuk Jan & Feb birthday bash ofis suami

Alhamdulillah berjaya siapkan mengikut perancangan. dugaan dan cabaran tu biasa la tambah-tambah dugaan anak yang tak bagi saya buat kerja. nak saya bertempek kat dia je. terpaksa la saya letak dia kat dapur juga. dia ralit je tengok saya buat kerja. tapi sekejap aje bila bosan saya kena entertain dia kat ruang tamu atau pass pada suami. hehe. dan oh ya baru sedar peti kat rumah tak berapa nak besar bila terkial-kial nak sumbat semua ni. syukur muat. rasa macam mcgyver je (eh betul ke eja ;p) hehe.

Kek fruit flan yang tak deco macam kek fruit flan hehe. layer krim saya sapu diplomat krim. topping saya sapu dengan fresh krim memandangkan dua kek lagi krimnya dah ke arah kuning. tak mo la semua kuning hehe. yang ni pilihan suami untuk bawa makan-makan. tapi yang sedihnya tak dapat nak tutup bekas kek sebab tangkai ceri tu tinggi sangat. saya potong terus jadi so-so je haha.

kek rainbow. tak berapa bulat. saya dah oter balik dah tapi tak pulak amik gambar yang dah betulkan krim tu hew hew hew

kek red velvet. saya balik semula kepada resepi JOB sebab rasanya resepi ni keknya lagi lembut dari resepi man raven. tapi dua-dua sedap je pada tekak saya. deco putar-putar saya ambil ilham dari sini.

2 set cream puff

Terima kasih ye kepada ofis suami yang order kek-kek dan cream puff untuk jamuan makan hari lahir big babies bulan jan & feb. maaf dan halal ye terlebih terkurang

Selamat Hari Lahir semua. kerja rajin-rajin hehe

Sunday 24 February 2013

Tempahan: Cream puff dari Hanie


Alamak tak tahu la nape jadi gini padahal gambar asal elok je betul kedudukan dia huu..

Hanie order 2 set cream puff..suaminya pick up di depan angkasapuri pada hari sabtu. kebetulan giliran suami saya kerja hari tu..terima kasih ye hanie..

Tuesday 19 February 2013

kek untuk kak Aida

saya buat kek vanilla layer dengan blueberry (biji) + fresh krim

menyesal gatal lorekkan. hilang terus mood sweet-sweet

terlebih maka ada untuk di rumah. layer strawberry filling. mujur suami tak marah sebab baru buat kek hari lahir dia hari tu (tapi makan sikit je sebab bagi pada jiran)

Rendang ayam




hehehe syyy...jangan beritahu mak mentua. malu. senang dan sedap guna rempah ustazah. hehehehe

Tuesday 12 February 2013

Mamam-mamam beday suami


saya keluarkan kek. ammar teruja betul

belum habis teruja

saya buat kek vanilla dengan butterkrim sebab dah lama tak buat kek butterkrim

comot rumput tu dan kena tegur lagi dengan suami, "panjangnya rumput" T_T

kami order mushroom apa ntah. roti wholemeal kat bawah creamy mushroom tu. sedap weh

chicken mushroom. sedap sgt. saya dok cakap sedap dari suapan pertama sampai habis licin sepinggan. rasa macam tak cukup hehe

ayam ni disalut dengan cendawan. goreng rangup. dalam ayam ada cheese. atas ayam ada macam kuah cheezy  mushroom kot. ada cendawan goreng rangup. sedap. nak lagi. harga dalam RM19.90 kot

tak mampu nak rotate tak jadi2 akhirnya bergini terupload

iya. ammar buat jenayah terhadap kek papa dia

papa bersihkan ammar yang super comot dengan krim kek

dan satu slice kek yang gebu penuhkan perut yang sedia kenyang

Wednesday 6 February 2013

kek karamel bulat & kek cawan rama-rama

Alhamdulillah..semalam berjaya siapkan 2 biji kek karamel untuk bawa pulang ke kampung dinihari esok. saya strawberikan dia. lebihan adunan saya masukkan dalam paper cup dan buat kek cawan rama-rama. saya rujuk blog kak azlita masam-manis untuk buat kek cawan rama-rama. krimnya saya pipekan diplomat cream yang dah ada dalam peti lebihan buat durian crepe hari tu

kecut. tinggi jadinya hehe

saya letak choc cip sebab tak ada manik

suka tengok kaler dia hehe

tengok sampai letak lagi hehe. padahal kek cawan ni watak sampingan aje hehe

untuk resepi kek karamel, saya rujuk di blog kak azlita masam-manis juga..semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada beliau kerana selalu berkongsi ilmu dan tips yang sangat berguna

Tuesday 5 February 2013

tak tau kek nama apa

selalu saya minta suami orderkan dari kawan pejabat dia. persatuan ibu tunggal yang hasilkan kek ni. kami memang suka sebab kek ni sedap, moist, wangi dan yang paling syok sebab ada walnut ;p harga kek ni cuma RM10. memang murah. tak silap dalam 6 inci kot 5 inci  besar kek ni. sekali hadap je kalau kitaorg sebab sedap hee

dah potong. beberapa minit dah habis separuh T_T

Sunday 3 February 2013

Tiramisu dan durian crepe untuk mak buyung

zana ni kawan baik saya sejak dari UTM lagi. zana teringin nak makan tiramisu. jadi sempena hari lahir zana hari tu, saya buatkan tiramisu

simple aje sebab ammar bukan dalam mood yang baik hari sabtu tu. tak boleh nak deco lebih-lebih. mana sempat aje

sabtu malam tu saya buat durian crepe satu adunan je. dapat la 14 biji. 8 biji bagi zana. 6 biji untuk kat rumah

hari ahad pergi rumah zana. zana masak. dengan kaki bengkak mampu lagi masak. hehehe bangga

ammar makan oat prune tp buat cair-cair letak dalam botol

Happy Birthday Zana!
semoga panjang umur, murah rezeki, tercapai cita-cita dan mudah segala urusan di dunia dan akhirat..

Update:

zana bg gambar ni..tq zana :)

hasil potong2 csi zana. o ye, sy g gatal tambah kepingan coklat. jadi lagi hodoh haha