Thursday 26 April 2012

Ayam panggang sos putih dan pasta tuna

dinner semalam. kenyang betul sebab portion banyak. buat banyak, makan pun banyak la kan. resepi sos putih, dah ada dalam entry terdahulu. ayam tu saya cuma gaul dan perap dalam sejam dengan bawang putih tumbuk dua ulas, halia tumbuk sikit, serbuk lada hitam, oregano, garam dan sos tiram. lepas tu masak dalam non stick pan aje dengan sedikit minyak (boleh guna butter atau minyak zaitun) sampai masak.

resepi pasta tuna, saya gabungkan dua resepi ini dan ini menjadi resepi yang diubah sedikit seperti di bawah (saya buat separuh resepi).


Resepi Pasta Tuna

Bahan-Bahan

250 g makaroni (nak guna penne tapi tak ada kat kedai mamak dekat rumah)
1 tin tuna ayam brand
1 biji bawang besar didadu/cincang
2 ulas bawang putih didadu/cincang
1 sudu besar cili giling
1 sudu teh serbuk kari ayam
1 sudu besar kicap manis
1/2 tin kecil tomato puree
1 biji tomato didadu
1/2 ketul pati ayam
2 sudu besar mayonis
daun sup secukupnya
3 biji cendawan butang dipotong2 (sebenarnya nak letak 4 biji tapi satu biji lagi tu dah tergolek jatuh ke lantai. huu)

Cara-cara

1. panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. masukkan cili kisar. goreng sampai agak garing
3. masukkan serbuk kari, tomato puree, kicap manis, pati ayam dan gaul sebati
4. masukkan ikan tuna, tomato dadu, mayonis dan perasakan dengan garam
5. masukkan pasta, kemudian masukkan cendawan butang, daup sup, lada kalau mahu pedas, sayur campur kalau suka, gaul sebati.
6. siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment