Tuesday 9 October 2012

rahsia gulungan kek molek

bukan rahsia sangat pun tapi saja nak berkongsi kan. kek gulungan saya pun bukannya lawa, ada jugak merekah sebab lambat gulung tapi improve la setelah asyik kecewa kek jadi pecah atau patah secara extreme semasa sedang menggulung.

tipsnya:-
  • guna telur dari peti sejuk. atau guna telur yang direndam dengan ais.
  • pastikan permukaan atas kek tidak melekit. bakar sedikit perang untuk mengelakkan kulit kek tanggal
  • jangan lengah-lengah untuk menggulung. nanti jadi kering, cenderung untuk merekah ataupun patah.
  • gulung sambil lapik dengan kain ataupun kertas minyak dan gulunglah dengan berhati-hati tapi yakin
  • saya lorekkan kek dengan filling strawberi, jadi ianya melekit maka lorekan itu gedik nak tanggal. kena lorek guna adunan yang dicampur warna koko/coklat emulco macam sebelum ini baru cantik

No comments:

Post a Comment