Sunday 28 October 2012

Heavenly Carrot Cake

malas nak sapu-sapu jadi nozelkan aje lagipun takut bekas comot

untuk bawa ke kampung. yang separuh pakai baju tu sebab orang tua nak makan tak suka krim-krim nih. memang yang tak ada krim laku dulu. huu

buruk siku tau bagi pada family di kampung kemudian saya yang banyak mengerit kek ni di malam hari. maklumlaa..selama ni sombong dengan kek sayur (saya kurang gemar sayur lagi2 carrot), tapi bila makan kek carrot ni, aduh memang rasa nak buat lagi dan lagi walaupun tangan sakit sebab sagat carrot dengan penyagat yang agak tumpul. huu..tu la beli yang murah sangat. huu

resepi ambil dari sini. di bawah saya tampalkan resepi yang saya dah gandakan dan ubah sesedap rasa saya. hee

Sumber salin: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) - saya letak 1 camca teh
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 2 cawan gula kastor) - saya guna 1 1/3 cawan gula halus
2 3/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya - lupa perah haha
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar - saya guna 3/4 cawan
1 cawan kelapa kering - saya guna 3/4 cawan
1 cawan kacang walnut, cincang - saya guna 1 1/3 cawan

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega - saya ganti dengan krimwell
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar gula aising, diayak
1 sudu besar perahan lemon - saya tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. - saya guna dua biji loyang 7"x7"x3"
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

No comments:

Post a Comment