saya buat saiz 6 inci je nih
layer dengan cream cheese. wrapped dengan fresh cream
elok kejadian kek ni. berkat kesabaran hehe. alhamdulillah rasanya pun sedap.
untuk resepi, saya rujuk kepada resepi red velvet syapex, cuma dirainbowkan saja..juga saya cuma ambil resepi kek. creamnya adalah seperti yang saya biasa buat. ada dalam entry sebelumnya.
Red Velvet Cake
Resepi : K.Mon @ Nina Suria
Sumber : K.Zai @ Dapur Impian
C & P : Dapurmamasya & Syapex
Bahan-Bahan
-2 biji telur gred A
-125 gram mentega beku tanpa
garam
-1 1/2 cawan tepung naik sendiri*
-1 1/2 sudu makan koko Vochelle* (saya ganti dengan tepung gandum)
-2/3 cawan gula kastor
-2 sudu makan pewarna Red Bright (saya tak letak. saya letak pewarna pelangi)
-1/2 cawan buttermilk - kalau xde
buttermilk blh tgk nota di bwh
-1 sudu teh garam (saya tak letak)
-1/2 sudu makan bicarbonate of
soda
-1/2 sudu makan cuka makan
Cara-Cara
- Panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sediakan 2 biji loyang 7'' yang telah di alas dengan baking paper.
- Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
- Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
- Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balikbalikkan hingga sebati.
- Bahagi kepada dua bahagian dan tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
No comments:
Post a Comment