Friday, 30 March 2012

Tempahan: Pandan lapis/layer

kek pandan dua lapis

inti butterkrim

Kawan ofis minta saya buatkan untuk makan-makan dan kebetulan beday bos dia. juga buat satu biji untuk saya dan suami. biasanya saya buat perisa vanilla. kakak ofis beritahu rasa kek ni sedap dan moist..alhamdulillah...

Sebiji RM10

Monday, 26 March 2012

salmon steak bersama sos putih

terliur tengok kat myresepi. respon pun memberangsangkan pada yang telah mencuba. saya rasa, 1st time kot saya makan ikan salmon, jadi agak terkejut dengan rasa dia yang lemak-lemak tu. apapun sos putih dia memang sedap. ikhlas orang yang share resepi ni. jazaakallah... 

Thursday, 22 March 2012

Puding roti bersos vanilla

Dulu selalu juga buat tapi tak buat sama dengan sos vanilla. oter resepi agar puding roti tu sendiri lembik-lembik boleh ceduk dan berkrim tak payah nak makan dengan sos vanilla lagi. tapi bila dah try makan dengan sos vanilla, amboi terus dah tak buat puding roti versi lama. resepi tak ingat ambil daripada mana. sebab saya copy ke folder resepi lama dulu. tapi ini resepi yang dah diejas-ejas mengikut cara dan tekak saya. minta halal ye pada empunya resepi asal. jazaakallah... ini resepinya.

Puding roti bersos vanilla

Bahan-bahan

puding roti

6-8 keping roti (kalau 8 keping roti macam pejal sikit)
4 biji telor
300ml susu segar (saya campurkan susu low fat dengan susu cair)
2 sudu besar gula
esen vanilla
secubit garam

cara-cara

1. carik/potong roti. susun dalam loyang
2. tuangkan susu segar. rendam kejap
3. satukan dan blender telor,gula, esen vanilla dan garam.
4. tuangkan hasil yang di blender ke dalam roti yang telah direndam
5. biarkan bagi sebati kemudian bakar pada suhu 170 darjah selama 20-30 minit atau sampai masak. jangan sampai kering sangat, nanti keras tak sedap.

sos vanilla

300ml susu segar (pun saya campurkan susu low fat dengan susu cair)
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu makan tepung jagung (larutkan dengan 1/2 cawan air)
esen vanilla
secubit garam

cara-cara

masukkan kesemuanya dalam periuk dan masak dengan api perlahan sampai pekat. kalau nak manis lagi, sila tambah gula. kalau pekat sangat, sila tambah susu/air. sedap dimakan suam atau sejuk. makan dengan kismis pun sedap pada yang gemarkannya.


puding roti. paling sedap bila makan berebut yang sikit lagi dah nak habis tu. nyaman..

Sunday, 18 March 2012

Ayam bakar mayonis

Gara-gara selalu sangat melayan foodnetwork, akhirnya terliur maka terhasillah ayam bakar ni. memang la jauh bebenor dengan resepi omputeh masak tu kan. dah resepinya pun cedok dari tempat lain. kecewa sikit la sebab mungkin terlebih masak. atau sebab saya buang minyak yang keluar masa tengah bakar tu kan. tak apa lah. nanti cuba lagi. tak selalunya berjaya dalam cubaan pertama kan. tapi apapun, rasa dia tetap sedap :')

Resepi saya ambil dari sini. jauh bebenor kalau nak dibandingkan. tak apa lah. nanti cuba lagi bagi jadi macam yang orang lain buat. sos lada hitam amik dari sini.

makan dengan simple salad dan wedges beli kat giant

buat makan masa anniversary hari jumaat lepas. kejap aje pasang lilin. sebab asap dia buat saya terganggu nak makan. lepas tu buka lampu sebab pening cahaya malap. resepi kek, saya buat adunan kek gulung jadikan kek bulat. krim puff buat setengah adunan tapi makan sikit aje sebab kenyang.

Tuesday, 6 March 2012

Butter Cake Bebob


Saya suka buat kek ni sebab mudah, sedap dan yang paling penting, moist. rasa berbeza sikit dari butter kek biasa. resepinya saya ambil dari forum cari. berikut adalah resepi yang saya dah kurangkan sukatan gulanya dan telah ngelatkan dengan menambah sedikit susu pekat.

BUTTER CAKE BEBOB

(A)

250 gm butter – 1 buku
200 gm gula – saya letak ¾ cwn hampir penuh

210 gm tepung gandum –  2 cawan
1 tsp baking powder
esen vanilla – saya tambah
susu pekat 2 sudu teh – saya tambah

(B)

5 biji telor – pukul

Tuang kesemua bahan a kedalam mixer dan adun sebati. dalam 10 minit. selepas tu masukkan bahan b perlahan-lahan.putar lagi selam 4 - 5 minit.putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2.tuang adunan kedlm acuan 9", bakar 160 c selama 50 -60 minit atau uji dgn lidi dengan cucuk dibhg tengah kek. (saya masak selama 35 minit dengan suhu 175 c)
Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.Selamat Mencuba...

Sunday, 4 March 2012

Kek gulung padat lembab

Projek hujung minggu. percubaan pertama buat kek gulung. mencabar juga nak menggulung. tak jadi sangat gulungan dia. tapi tak pe, nanti cuba lagi. yang penting, rasa kek ni memang sedap seperti yang diharapkan.

dapat dua ketul. memang la hodoh. dah namapun percubaan kali pertama kan. hee

bila potong, jadi macam nombor 9. walaupun kejadian dia aneh, itu tak penting, sebab yang penting rasa dia sedap. padat. lembab. lembut. cuma mungkin lain kali kena kurangkan gula sebab dah letak krim banyak, jadi manis lak bila dimakan sekali dengan kek.

Resepi dia amik dari mat gebu. cuma saya tak guna tepung gandum. saya guna tepung hong kong (hi ratio). juga saya guna minyak jagung mazola. juga saya tak guna seri kaya, saya guna lebihan butterkrim yang saya ada simpam dalam peti ais. banyaknya perkataan 'juga' T_T

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
60 gram gula halus
60 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
2 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau muda
Seri kaya secukupnya (mat guna jenama YEO'S)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan loyang swiss roll berukuran 9 inci x 9 inci, alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
  3. Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula. Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna hujau muda tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Kemudian paipkan melintang tapi kali ini melawan arah dan mendapat corak kotak-kotak.
  4. Bakar 18 - 20 minit. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan seri kaya rata2 dan nipis. Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...

selamat mencuba!

update:

cubaan kali kedua. yay! dah kelihatan normal