Gara-gara selalu sangat melayan foodnetwork, akhirnya terliur maka terhasillah ayam bakar ni. memang la jauh bebenor dengan resepi omputeh masak tu kan. dah resepinya pun cedok dari tempat lain. kecewa sikit la sebab mungkin terlebih masak. atau sebab saya buang minyak yang keluar masa tengah bakar tu kan. tak apa lah. nanti cuba lagi. tak selalunya berjaya dalam cubaan pertama kan. tapi apapun, rasa dia tetap sedap :')
Resepi saya ambil dari sini. jauh bebenor kalau nak dibandingkan. tak apa lah. nanti cuba lagi bagi jadi macam yang orang lain buat. sos lada hitam amik dari sini.
makan dengan simple salad dan wedges beli kat giant
buat makan masa anniversary hari jumaat lepas. kejap aje pasang lilin. sebab asap dia buat saya terganggu nak makan. lepas tu buka lampu sebab pening cahaya malap. resepi kek, saya buat adunan kek gulung jadikan kek bulat. krim puff buat setengah adunan tapi makan sikit aje sebab kenyang.
No comments:
Post a Comment