Sunday, 18 November 2012

Kek Rainbow kacau bilau

Lama benar dah teringin nak rasa kek rainbow ni. bila pergi kedai kek, (hobi saya memang suka tengok dan perhati kek-kek di kedai kek), saya teringin sangat nak beli. sebabnya teringin sangat nak merasa. macam mana la rasa dia. walaupun dalam internet, orang bagitahu rasa dia biasa aje, saya nak jugak rasa sebabnya citarasa orang ni bukannya sama. tapi saya tak beli pun sebab nak buat sendiri.

jadi pada suatu hari, bermula selepas solat maghrib, saya pun bertungkus lumus menyiapkan kek rainbow ni..kek ni sebenarnya lebih kurang aje resepinya dengan white cake yang selalu omputeh buat masa wedding mereka..mungkin kek rainbow ni menggunakan base white cake sebab nak naikkan warnanya bila dicampur pewarna tu kot...

apapun, saya puas hati sebab dah rasa sendiri kek ni. hari-hari saya makan kek ni sebab biasalah di rumah saya dengan suami la yang habiskan kek. sehari satu, dua slice, dalam seminggu gitu tinggal bekas kosong. mulalah suami tanya mana kek? saya beritahu, saya dah habiskan. dia kata saya tipu..dia kata saya mesti simpan punya sebab saya selalunya akan simpan potongan akhir untuk dia biasanya. tapi untuk kek rainbow, tidak. hahahahaha!! oh ya, lupa nak beritahu, kek ni rasa dia ok lah. mungkin ianya tak guna kuning telur, jadi lain la sikit rasanya berbanding butter kek yang lebih lemak...rasanya kalau guna resepi ini mungkin lebih sedap agaknya...agaknya la kot...harap la kan..hohohoho


oh ya, kenapa kacau bilau? tengok la susunan pelangi tu. nampak sangat masa belajar dulu sibuk lukis kartun

saya layerkan dengan buttercream, topping dengan cream cheese

dah potong. tapi oh, ini masa betul-betul baru keluar dari peti, struktur kek masih kejung

ok. dah hampir mencecah suhu bilik dan sedia untuk di makan

untuk resepi, saya ambil dari sini. malas la nak paste resepi dia. tolong klik sendiri ye hehe


No comments:

Post a Comment