jadi macam ni pulak bila upload. padahal gambar asal elok aje betul kedudukannya. huu
3 set cream puff tempahan dari kak Ila. terima kasih..harap-harap digemari..
ada cerita di sebalik pembikinan cream puff kali ni. saya anggap ianya sebagai satu dugaan lah buat saya. semalam dah siapkan adunan untuk cream puff. dah perasan adunan dia macam tercair sikit tapi pipe kan juga atas dulang. meleper terus hilang bentuk dan kedudukan. saya pun pergi tambah tepung. akibatnya bila masak, keras kematu. dah selamat bakar dua batch. akhirnya dengan bahan yang ngam-ngam ada di rumah, saya buat lagi sekali. tapi bila dah bakar, ia tak mahu naik menggelembung macam biasa. naik malu-malu. aduh hasilnya cream puff yang seperti di atas. maka saya kurangkan harga dengan rasa tetap sedap cuma terkecil sedikit sahaja...
No comments:
Post a Comment