Sunday, 30 June 2013

Kek red velvet untuk zana

buat untuk zana sambil gi melawat anak zana, naurah yang comel montel bambam terkejut tengok kiut sangat hehe

ada sikit untuk saya dan suami makan. kali ni, saya kekalkan 2 sudu besar serbuk koko dalam adunan kek..jadi warnanya lebih ke maroon pekat

Thursday, 27 June 2013

Smash Cake

nak buat untuk beday ammar hari tu tapi suami tak bagi buat..layan gambar comei tulus polos ni







penat..

sumber: google

Wednesday, 26 June 2013

Kek red warrior neopolitan

bercinta juga siapkan kek ni semalam. untuk hari bapa yang terlewat hee..saiz kek ni 6 inci
tulisan hodoh. jersi red warrior saya guna teknik buttercream transfer. boleh rujuk di sini. memang hodoh sebab 1st time buat. dengan ammar menangis di pagar dapur macam kena dera. syukur masterchef dah habis dah. kalau tak memang tak terbuat hehe

layer dengan light cream cheese. untuk kek, idea dan segala tentang kek neopolitan ni, saya merujuk kepada blog ibu cergas. bila tengok kek beliau, saya rasa nak cuba. walaupun hasilnya jauh beza. comotnya saya punya.

rosset yang ala kadar. saya cuma guna whipping cream sebab takut nak guna buttercream. hee
gambar potong belum ada sebab belum potong lagi. nanti2 saya update

update:

dah potong..

mula2 saya makan yang coklat, lepas tu stoberi lepas tu vanilla. sebab saya kurang sikit yang coklat tu. paling suka semestinya yang vanilla hee..pada saya kek butter memang sedap biarkan dengan perisa asli. baru menangkap rasa lemaknya. pada saya la kan. hee

kek berat cenggini pastikan biarkan pada suhu bilik baru makan ye. baru sedap. hee

Tuesday, 25 June 2013

Tempahan: Repeat order kek fruit cocktail

order dari kawan suami yang menempah kek yang sama hari tu cuma kali ni saiznya 8 inci. terima kasih ye kerana mengorder lagi..harap berpuas hati..halal terlebih terkurang ye maklumlah macam comot aje deco kali ni huu


saya guna fruit cocktail cap ayam. sebab tin kecil. sekali buka terus habis. malas nak simpan baki kalau beli yang tin besar. hee

sumber: google

Monday, 24 June 2013

kek gulung peanut butter/kacang

bukan saya buat. saya beli dari kawan di pejabat. kek ni tak saya sangka sedap rasa dia. masa sorang kawan saya beli tu, saya tak ambil pusing sangat. dia bagi rasa, aduh sedap. keknya lembut. rasa cream peanut butternya seimbang. lepas tu saya jadi ketagih. sekejap2 place oder. satu gulung RM10. sekelip mata je tinggal bekas kosong. sebab tu lah orang kata, don't judge book by its cover kan..hehe

Sunday, 23 June 2013

kek untuk ayah

saya buat kek fruit cocktail. masa call mak, saya beritahu mak nak buat kek untuk ayah. ayah pun beritahu mak yang ayah nak kek buah macam saya buat masa birthday ammar hari tu. sedih saya dengar.


untuk rumah kat kampung dan rumah mentua, saya buat kek butter oren. resepi saya ambil dari dapur ibu cergas. saya olah sikit jadi kek oren. keknya memang sedap. lembut. gebu. saya guna butter farmcow aje. tapi butternya wangi. tetap sedap untuk buat kek butter.

Friday, 14 June 2013

@Grills BBB

Carbonara. sedap

Breast chicken. sedap

Mac&Cheese Junior. sedap. kentangnya tinggal sikit sebab ammar dah ambil makan. kiri kanan pegang fries. ada yang tak sempat saya nak buang garam ammar dah kaut hee

kali ke empat pergi. baru dapat makan sebabnya penuh. memang molek dan tenang kiranya pergi makan pada malam hari bekerja. mihaa!

Wednesday, 12 June 2013

Tempahan: kek rainbow birthday & hari bapa

order dari siti. dia bagitahu nak deco sama macam kak noji tempah yang kak noji buat makan-makan di jabatan beliau hari tu. mesti bosan kan buka blog tengok design kek rainbow sama je.ngee.. tapi mostly customer request nak deco macam ni. nanti saya try buat deco lain lak ye.  

untuk birthday & hari bapa. semalam penat sikit buat kek. tapi alhamdulillah sekejap je siap sebab ammar behave. tapi tidur lambat jugak sebab ralit tengok movie. hee..dream house di hbo hd. ke fox hd. tak ingat dah. terima kasih ye kerana menempah. dan minta maaf kepada kawan-kawan yang saya terpaksa tolak order minggu ni. tak sempat lagipun ada urusan nak disetelkan sebelum balik kampung hujung minggu ni.

Tuesday, 11 June 2013

Tempahan: kek fruit cocktail

order dari kawan suami untuk makan-makan bersama isteri. comel je kan. lama dah kawan suami order kek ni. masa sebelum hari lahir ammar lagi. tapi masa tu tengah cuti. lepas tu balik kampung pulak. lama betul tertangguh baru terbuat. maaf ye..

kek ni kenit aje. saiz 6 inci tapi tinggi la plop. mencecah kotak buahnya. ngee..harap berpuas hati seperti saya yang gembira dengan kejadian kek ini..alhamdulillah..dengan izin Allah..kalau Allah tak izinkan, elok macam manapun bahannya, berhati-hati macam mana pun membuatnya, tetap bermasalah juga. maka kena redha dan rajinkanlah diri buat semula. hee..

sekarang ni saya ambil order mana yang sempat aje sebab ayah saya sakit. jadi kena selalu balik kampung. minggu depan seminggu saya di kampung. giliran saya pula menjaga ayah. minggu depan juga hari lahir ayah. hari bapa lagi. sedih sangat sebab ayah yang dulunya hero saya yang perkasa telah terlantar lumpuh sebelah badan. saya harap ayah kembali pulih dengan ijin Allah yang Maha kuasa. boleh berjalan semula. makan seperti sedia kala. bergurau dengan kami. sama-sama buli emak. kemudian kami ramai-ramai buli ayah balik..

Sunday, 9 June 2013

Ayam lemon sedap krup krap

ayam lemon. sedap. salutannya masih rangup walaupun digaul kuah. rasa macam yang makan di hotel istana hari tu. gembira gembira

resepi, saya ambil di sini. terima kasih banyak ye untuk resepi yang mudah dan sedap ni. saya juga tampalkan resepi di sini untuk rujukan. saya buat separuh dari resepi ini.

Resepi: Ayam Lemon

Ambil beberapa keping isi ayam di potong kecil
1 cawan tepung gandum
½ cawan queaker oat
2 biji telur
minyak utk menggoreng
 
Bahan sos
½ biji lemon
1 cawan air
½ cawan thai sos
garam & gula
 
potong ayam berbentuk jejari

-lumurkan dgn sedikit garam
-gaul ayam dengan tepung gandum sehingga gata
-celupkan ayam kedalam telur yang sudah dipukul
-golekkan ayam kedalam queaker oat dan terus goreng kedalam minyak yang panas.
-perlahankan api dan masak sehingga ayam menjadi kekuningan

untuk sos -masukkan air kedalam kuali
-setelah air panas masukkan thai sos dan kacau.
-perah lemon & masukkan garam dan gula.
-masak sehingga sos menjadi pekat.

Saturday, 8 June 2013

Kek di bread time bakery bbb pula

Kek russian black n white & red velvet. Russian bercoklat sgt pd saya.Red velvet ada kacang.Lama fikir apa yg rs lainnya. Hee..apapun sy lbh suka kalau xada kacang

Kek rainbow. Tiap layer rasa lain.sy pnh jg nak buat tiap layer rs lain tapi takut penin rasa dia.tapi bila rasa yang ni wah memang sedap.kek lembut gebu.rasa kek adalah di antara rasa white kek dan span kek. Layer cream cheese terasa setiap lapisan.sedap.nak beli lagi.oh ya saya beli kek ni di bread time bakery bandar baru bangi.kek-keknya menarik hati blaka.roti pun sedap