Sunday, 12 May 2013

Ammar 1 tahun


Ammar dah besar. setahun sudah


saya buat rainbow cake, red velvet cake dan fruit cocktail cake. itu saja yang larat saya buat sebab tak berapa sihat beberapa hari sebelum tu

Alhamdulillah..selesai majlis hari lahir Ammar. gambar makanan lupa nak snap. Ammar happy sangat sebab ramai kawan sebaya dia yang datang. suka tengok dia reti untuk have fun

update

Red velvet

kek oren sedap pemberian dari kak shrek. kak shrek oder dari kak norina. saya pun selalu oder kek dengan kak norina. saya suka oder kek cheese marble, kek blueberry, kek pandan (kegeraman dan kegemaran). macam-macam kek yang dia buat. sedap dan murah. ya. saya buat kek untuk orang tapi untuk makan sendiri saya suka jugak beli. hehe ;)

pastel rainbow tak cukup bilangan hehe. asalnya nak biar togel je, alih-alih pakaikan baju juga atas cadangan suami

selepas pakai baju. tak menyesal pakaikan baju walaupun polos aje ;p

hasil potongan

saya oder edible image dari kak intan


untuk fruit cocktail cake yang disukai ramai pada majlis hari tu, saya guna buah dalam tin cap ayam brand. saya rasa macam lagi sedap guna buah cap ayam brand

No comments:

Post a Comment