Thursday 27 September 2012

Creamy Carbonara Express


 
berkrim

=gemuk

eh ammar pun reti terliur juga ye


Resepi Creamy Carbonara Express

Bahan-bahan

Penyediaan pasta
1/2 peket spageti san remo
sedikit minyak
secubit garam
air

bahan-bahan di atas, rebus sampai masak kemudian toskan

Penyediaan carnonara
1 labu bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih cincang aje
sedikit daun parsley
1 tin prego carbonara yang halal (tin biru)
1/2 tin (tin prego carbonara) susu full cream
1/2 tin (tin prego carbonara) air
1/2 tin cendawan butang (nak letak 1 tin pun tadahal punye)
3 batang sosej black pepper (nak masukkan dada ayam/daging ayam cincang pun okay)
keju cheddar banyak mana mahu (saya letak segenggam yang dah parut)
secubit garam kalau perlu (saya tak letak pun)

tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak/butter, dah layu dan naik bau, masukkan cendawan butang dan daun parsley. kacau sekejap. masukkan sosej, kacau lagi. kemudian masukkan prego carbonara diikuti susu dan air. kalau pekat sangat, tambah air/susu. bila dah mendidih, masukkan keju, perasakan dengan garam jika perlu. siap untuk dihidangkan. express ke? express masuk mulut. boleh laa..haha!

No comments:

Post a Comment