Thursday 22 March 2012

Puding roti bersos vanilla

Dulu selalu juga buat tapi tak buat sama dengan sos vanilla. oter resepi agar puding roti tu sendiri lembik-lembik boleh ceduk dan berkrim tak payah nak makan dengan sos vanilla lagi. tapi bila dah try makan dengan sos vanilla, amboi terus dah tak buat puding roti versi lama. resepi tak ingat ambil daripada mana. sebab saya copy ke folder resepi lama dulu. tapi ini resepi yang dah diejas-ejas mengikut cara dan tekak saya. minta halal ye pada empunya resepi asal. jazaakallah... ini resepinya.

Puding roti bersos vanilla

Bahan-bahan

puding roti

6-8 keping roti (kalau 8 keping roti macam pejal sikit)
4 biji telor
300ml susu segar (saya campurkan susu low fat dengan susu cair)
2 sudu besar gula
esen vanilla
secubit garam

cara-cara

1. carik/potong roti. susun dalam loyang
2. tuangkan susu segar. rendam kejap
3. satukan dan blender telor,gula, esen vanilla dan garam.
4. tuangkan hasil yang di blender ke dalam roti yang telah direndam
5. biarkan bagi sebati kemudian bakar pada suhu 170 darjah selama 20-30 minit atau sampai masak. jangan sampai kering sangat, nanti keras tak sedap.

sos vanilla

300ml susu segar (pun saya campurkan susu low fat dengan susu cair)
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu makan tepung jagung (larutkan dengan 1/2 cawan air)
esen vanilla
secubit garam

cara-cara

masukkan kesemuanya dalam periuk dan masak dengan api perlahan sampai pekat. kalau nak manis lagi, sila tambah gula. kalau pekat sangat, sila tambah susu/air. sedap dimakan suam atau sejuk. makan dengan kismis pun sedap pada yang gemarkannya.


puding roti. paling sedap bila makan berebut yang sikit lagi dah nak habis tu. nyaman..

No comments:

Post a Comment