Sunday 20 October 2013

Tiramisu dan kek white choc macadamia


dah cedok

punyalah teringin nak makan tiramisu. dah 2 minggu teringin. sampai mimpi-mimpi hehe. akhirnya semalam buat jugak. gedik letak dalam bekas ni. saja buang masa. saya buat satu adunan. dapat 2 bekas ni dan 2 layer bekas 7 inci. untuk cream cheese, saya guna kaedah putar semua sekali tu. krimnya agak lembik memang sesuai tuang dalam bekas dan simpan dalam fridge sampai set. tapi dari segi senang handle, saya lagi suka pukul whipping cream dan cream cheese tu asing-asing. krimnya lebih fluffy, stay dan semestinya jadi lagi banyak. apapun nak mencuba kan kena la buat hehe. untuk resepi, boleh klik link ni




kek white choc macadamia ni pun saya buat semalam. suami tanya, untuk kita ke? saya jawab, bukan untuk kita. hehe. saya buat untuk bawa kat ofis. ada makan-makan esok. tapi saya buat semalam sebab nak bagi sebati. lagi sebati, lagi sedap. mak pernah beritahu, kek paling sedap dinikmati pada hari ketiga. dan memang betul. pernah lepas kek siap terus potong. bila makan, rasa ok. bila makan esok, sedap. bila makan lusa, waahh lagi sedap..! macam tu lah. tak tahu lah kot-kot tu perasaan saya je ;p

12 comments:

  1. sedad nye..Ha untuk tiramisu tu..mascapone ad ajugal tak kat sini? aida buat guna mascapone untuk buat tiramisu..bukan kek tiramisu tau..sbb kek tak pandai buat..hii..tapi tak tau kat malaysia ada jugal ke idok.

    ReplyDelete
  2. mascarpone ada jual. lagi sedap guna mascarpone. ha guna cream cheese biasa je aida.hee. tak pe aida..buat ngan kek gulung pn sedap selain guna kek bt snd atau lady fingers tu hee

    ReplyDelete
  3. oo kat mana ek jualnye..cream cheese tu ada juga kat mana ek? hee...:) kane belajar dng ha ni :)

    ReplyDelete
  4. bilala nak dapat rasa kek ha ni

    ReplyDelete
  5. Aida: ha beli tatura cream cheese tu kt kedai bahan bakery mcm bagus, yummy. kt giant, tesco pn ada. hee..blh2. bt la aida. ha mmg kena buat kek2 ni. kalau lama tak buat mmg jd gian atau tak sedap duduk jdnya

    umi: hari isnin 28hb ni ha ada training di mid valley. leh jumpa nanti ha bwk kek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa...bestnya..nanti roger tau.. aida.. jangan jeles.. hehehee

      Delete
    2. eh blh reply gini eh dkt blog ha? hehe br tau T_T

      hahaha! nnti bgtau nk kek apa. kalo tak, ha bw apa yg ha rs nk buat aje lah hehe..

      ha pn dh bgtau wani. beti blm lg. nanti ha roger2 korang hr isnin tu. ms rehat kt jumpa

      Delete
    3. boleh la ha.... huhu.. nak kek ni.. kalo bole nak semua kek ha.. hihi... tapi berita ha nk dtg sini semua dah tahu.. luaskan 'wifi' kami..hihi

      Delete
    4. hehehehe..ok2 malunya ha sbb umi pandai bt kek. nanti ha bt tak sedap malu je ;p

      hebat 'wifi' korang. segannya lahai haha

      Delete
  6. ala..jeles2 mai sini pulak ha.. :)

    ReplyDelete